Facebook Badge

Saturday 2 June 2012

Fikir


Adam dilahirkan disebuah kampung yang agak terpencil. Adam seorang yang agak lurus bendul. Suatu hari Adam terpilih untuk mengikuti kem pemantapan jiwa dan minda. Adam sangat gembira. Pada suatu sesi LDK, mentor kumpulan Adam mengemukakan satu teka-teki.

“kalau anak kembung nak pakai minyak apa?”

Adam mengangkat tangan namun mentor Adam tidak menyedari akan  tindakan Adam. Syakir, kawan sekumpulan Adam menjawab “pakai minyak saji Tuan”…..Adam ternganga….Tak kan lah kot….Dan jawapan itu betul….Pulang ke rumah, adik Adam menangis…Kata emak adik kembung perut…Laju Adam  ke dapur mengambil minyak masak cap Saji lalu menyapu minyak itu ke perut adiknya….Emak Adam sangat marah kerana Adam telah membazirkan minyak masak yang mahal….

Dan pada kem yang sama, Fakrul anak tunggal kepada seorang menteri yang juga sahabat Adam turut menyertai Kem itu…Dan mentor Fakrul turut menanyakan teka – teki yang sama. Fitri,searang anak desa menjawab “guna minyak yue yie cap limau…mujarab”……Fakrul tersenyum….Patutlah sedap….Pulang ke rumah….Fakrul membuka peti sejuk dan mendapati terdapat dua ekor anak ikan kembung dalam bekas….Fakrul gembira, dia sangat rindukan ikan kembung goreng emak Adam…Kini dia sudah tahu rahsia keenakkan ikan itu….diserahkan ikan itu kepada bibik untuk dibersihkan…Di kedai fakrul kebingungan, kenapalah kecil sangat botol minyak nie dan minyak itu kelihatan sangat pelik…terpaksalah dia membeli tiga botol yang besar. Pulang ke rumah, Fakrul mengarahkan  bibik supaya mengoreng menggunakan minyak yue yie yang dibeli…bibik Cuma mengikut permintaan Fakrul dan akhirnya ikan itu menjadi hangus hitam….Fakrul kehairanan….

Jawapan Syakir : Minyak saji untuk goreng ikan
Jawapan Fitri : Minyak yue yie untuk merawat anak kecil kembung perut

Ok….Motif cerita…

Satu persoalan yang sama mencetuskan dua pendapat yang sangat berbeza…Walaupun mereka sahabat baik, pemikiran mereka sangat berbeza…setiap tafsiran individu adalah berbeza dengan individu lain walaupun ianya situasi yang sama….walhal satu patah perkataan pun boleh membawa berjuta tafsiran yang berbeza….

Begitu juga dengan kehidupan kita…ada perkara yang kita rasa penting tapi Cuma biasa-biasa pada orang lain. Ada orang menganggap apa yang dilakukan sebagai perlu  tetapi ada orang lain mungkin menganggap itu sebagai sesuatu yang tidak perlu ….Ada perkara yang kelakar bagi kita tapi tidak bagi orang lain…


p/s : hati- hati dengan perkara yang ingin dilakukan, jangan sampai ditertawakan orang

No comments:

Post a Comment