Facebook Badge

Tuesday 22 November 2011

Ombak, laut, langit...

Petang itu.....
Ombak beralun lembut....
Angin bertiup sayu....
Awan berarak laju...
Putih warnanya bak salji....
Sungguh indah petang dipantai...
Bertambah indah..
Saat mentari mula mengundur...
Walau hakikatnya bumi yang  berlalu...
Sayup di hujung horizon sana....
Kelihatan langit dan laut bersatu....
..................................

Ok...dah habis idea....

Monday 14 November 2011

SIHAT

Salam..
Pesanan buat semua pembaca....
Walaupun anda rasa sihat...
Setahun sekali pergilah buat medical check up.....
Ada penyakit yang menyerang dalam diam...
Bila dah sampai tahap kritikal, baru keluar simpton....
Ok...
Sayangi diri...
Cegah sebelum terlambat....

Thursday 10 November 2011

Moga Darwish Cepat sembuh...



Nie anak saudara CW ------> CW = Cik Writer
4 hari masuk wad...
Demam panas...
Doktor tak bagi dye pulang agi...
Tapi abi dan ibunya decide untuk bawa awis pulang...
Bukan ape....awis asyik nangis nak balik...
Tapi kena ulang alik hospital...
Kena Inject Ubat...
Dah lama sangat tak tengok awis...
Mak Lang doakan Awis dari kejauhan je...

Monday 7 November 2011

Doa buat si Kecil

Pada 10 zulhijah yang baru je berlalu….
CW dimaklumkan oleh abang CW yang anaknya…..
 
Muhammad Darwish Atiqqurahman b Zaliazam

dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas….
Abang CW tak balik…hanya anaknya yang berusia 5 tahun yg pulang…
Pulang bersama dengan kakak CW yang dipanggil Cik Da
Suhu badan awis mencecah 40oC…
Darwish @ awis asyik menangis…Katanya sakit kepala…..
Sebelum dibawa ke hospital..abinya telah membawa dia ke klinik…
Saat berjumpa doctor….Dia menangis… Tolongkan awis doctor….sakit kepala….
Tolongkan…tolongkan….sakit… 
Hiba bercampur lucu…
Awis baru je dua tahun…..
Awis memang sangat petah bercakap…
Awis sangat pandai….pemikiran awis memang matang…
Sehari selepas pergi ke klinik…awis masih merengek…sakit kepala….
Lantas dibawa ke hospital…..lalu di tahan di wad…
Dia diam je saat doctor datang…
Saat wayar2 untuk menyalurkan air ke badan di pasang…
Mulutnya mulalah bising…
Serabutnya tali2 nie….tolonglah buang….abi jom balik….macam2….
Bagi memberi  awis rehat..sedikit ubat tidur diberikan….
Sekarang awis masih dihospital….peratusan sel darah putih awis tinggi…
Banyak antibody yang dihasilkan ni….
Dan kakak awis, Nur Nadratul Hanisah ada kat kg….
Hanis Menghadapi masalah eczema…Dah tiga tahun dah..
Hanis tak ley makan ayam….
Kalau makan nasi lauk ikan je…telur pun xley…
Entah mane silapnya…pagi tadi tangan hanis membengkak….
Subhanallah….Bernanah satu tangan….
Tak bergerak jari hanis…sakit…gatal…pedih….
Kukunya seakan terkopak dek bengkaknya nanah…..
Masyaallah….perit mata melihat…empunya badan entahlah….
Kejap menjerit…Mak Lang Tolong….Mak Lang pedih….
Sayu sungguh melihat keadaan Hanis…
Dua2 tangan plak tue…..

Kepada mereka yang membaca n3 ni….
Tolong doakan kesembuhan mereka ye…..


Ya ALLAH…..
 Hilangkanlah kesakitan Hanis dan darwish
Berikan mereka kesembuhan…
Jangan biar mereka menderita terlalu lama…
Sesungguhnya ENGKAULAH yang Mengetahui yg terbaik untuk mereka….

Saturday 5 November 2011

Kisah Melur


Sayup2 takbir bergema dari masjid….
Melur termenung di pangkin bawah pokok mempelam…
Gelap sudah pemandangan sawah yang tadinya cukup kuning…..
Kedengaran hilai tawa anak buahnya dipinggir telinga….
Melur memusingkan diri melihat anjung rumahnya…..
Hanya sebiji kereta using milik ayahnya disitu…
Melur berkhayal rupanya
Tiada kereta2 abang2 dan kakak2 yang pulang…..
Kata mereka…cuti sekejap sangat…Lagipn xpadan…
Balik kejap…duit banyak habis….penat lagi…
Dua hari duk kampong, balik terus kerja….
Senyum sumbing ayah melur pulang dari masjid petang itu…
Riuh kampung begitu mencuit rasa….
Di laman jiran2…ramai orang berkumpul…
Kereta dah tak terbilang….Banyak sangat….
Melur tahu…ayahnya juga merasa sepi….
Sepi kerana hanya melur, ibu, ayah dan adik di rumah….
Ah….melur menarik nafas…
Nanti melur mungkin juga tidak akan pulang…
Bila dah kahwin tentu kena ikut suami…
Melur jadi sayu membayangkan ayah tersayang beraya bersendirian…
Padahal suatu ketika dulu…
Ayahnya seorang tentera…Tapi ayahnya bersara awal..
Kerana tidak tahan berjauhan dari anak2…
Pasti ayahnya sedih…Anak2 tak mahu pulang kerana masa terlalu singkat…
Nak jimat duit lagi tue…
Sedangkan pengorbanan ayahnya  tidak terbayar…
Jeritan ibu mengajak ke surau mengembalikan melur ke alam nyata….
Melur sempat berdoa dalam hati…
Moga ada abang2 atau kakak2 tergerak hati untuk pulang ke kampung…..


Bukan Manusia semata

Aku tetap hanya seorang Insyirah 
Sedang mengembara di bumi penciptaku
Walau kita kelihatan berbeda...rupa mahupun pangkat...
Yang aku yakin dan pasti...
Destinasi kita sama
Kerana engkau dan aku sebenarnya sama...
Yang berbeza cuma jalan untuk kita ke sana...
Hakikatnya....
Dua mata ku gunakan untuk melihat...
Dua telinga ku gunakan untuk mendengar....
Mulut kecil ini ku gunakan untuk berbicara
Udara ku hirup menggunakan hidung.....
Kamu juga pasti begitu kan???
Engkau juga memiliki jantung seperti aku  bukan???
ia...terlalu banyak persamaan kita...
Persamaan yang menyempurnakan kita sebagai manusia....
Yang berbeza.....
Aku tidak hanya ingin menjadi manusia tapi 
aku ingin menjadi insan selaku hamba PENCIPTA, khalifah di bumi....


****************************************************************************************

Tuesday 1 November 2011

Rasa Itu...

Dalam kesibukkan mengejar masa....
Demi melaksanakan tanggungjawab sbg penuntut ilmu
Terasa ada kosong dihati....
Sering ada sepi yang menyapa...
Ada sakit yang menghimpit...
Ada parut yang kembali terluka....
Pedih rasanya.....
Tiap kali ditengking....
Tiap kali disenda...
Tiap kali dimarahi...
Ada rasa yang aneh....
Mudahnya aku diperlekehkan 
Hanya kerana statusku pelajar...
Dan sebagai pelajar aku masih belajar...
Aku hormati pada mereka yang miliki ilmu....
Aku hormati pada mereka yang menghormati....
Tapi kasihan...
Pabila orang yang berilmu sentiasa mendabik dada....
Seolah2 dia yang terhebat....
Seolah2 aku tidak punyai air muka...
Agama sering dijadikan sindiran
Bangsaku seoalah tak bermaruah....
Kata-kata ibarat sabun dibilas air
YA ALLAH....pahit sungguh rasa....
Jauhkan aku dari sifat takabbur...
Moga setelah berjaya...aku tidak kufur...
Namun..aku hairan...
Apa rasa yang asing dalam diri...
Termenung banyak saat...
Sepenuh hati ku usir....
Namun rasa itu tetap menyapa...
Kejap...terpandang satu potret usang
Disebalik helaian buku "anak berbaju merah"....
Rasa itu makin menguasai...
Ya Tuhanku..
Kini aku tersedar...
Aku rindu...
Rindu pada arwah ibu yang pernah 
bertarung nyawa melahirkanku...
Rindu untuk berbaring sambil dipangku...
Dalam kesibukkan aku...
aku lupa pada arwah yang pernah ku panggil "ma"....
Angin november di tanah tumpah darahku
menambahkan kepiluan....
Sungguh dingin  ia membelai  jiwa
Saat mendengar sahabat2 berceloteh dengan ibu mereka di telefon cukup untuk membuatkan hatiku tersentap...
Cemburu mungkin...
Anakmu ini mudahnya terleka....
Berdosa sungguh rasanya diri....
Ma...Moga roh Ma sentiasa di Cucuri rahmat ALLAH.....
"YA Allah...lapangkanlah kubur ibuku....
Terangilah kuburnya dengan cahayamu...
Luaskanlah liang lahad ibuku...
Jauhkan ibuku dari azab kuburMu ya ALLAH...
Damaikanlah IbuKu di ALAM BARZAKH...
Jadikan kuburnya salah satu taman dari taman2 syurga...
Pertemukan dan satukan kami di akhirat nanti"
Adik rindu.....(~_~)
Al-Fatihah

Tak Sabar Menjawab Panggilan....

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thinking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when 
I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when 
I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
to see my muslim brothers,
their purpose all the same

greeting one another, 
exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf,
making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day 
when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day 
when I can be near the Kabah wall

Terlalu ingin ke sana....


 p/s : song by irfan makki


Alahai Nyamuk

Nyamuk…..
walaupun saiznya sangatlah kecil….
boleh buat manusia yang hebat marah besar…

Satu sengatan sahaja, sudah cukup membuatkan 
pemilik badan berjoget dan menggaru….

Tak kisahlah perdana menteri ke….
bos besar ke….pensyarah ke….kalau kena gigit nyamuk…
mesti terasa sakitnya…..Indahnya aturan ALLAH….
Dari segi fizikal si kecil nyamuk itu…..
aeolah2 tiada hebat…kecil badan….
sekali ditampar sudah pun mati….

Namun hikmahnya….
nyamuk yang kecil itu boleh membuat manusia gelisah….
Matinya seekor nyamuk sangat mulia….
mati ketika menjalankan amanah sebagai makhluk ciptaan ALLAH…
Fitrahnya memang diciptakan begitu…
supaya manusia sedar….Mereka bukan sesiapa….
Hebat manusia bukan kerana pangkat…
Gigitan nyamuk membuatkan manusia berpeluang merasa sakit..
sakit yang sedikit..
jauh bezanya sakit yang mungkin dirasa saat jengking di alam barzakh menggigit…
Walau pun dibenci manusia….
sang nyamuk tetap setia melaksanakan tanggungjawab dari PENCIPTA….
Oleh itu…..bersyukurlah….

Marah kew...

Rasulullah hanya marah pabila kebenaran disenda…
Tapi marah Rasulullah berhikmah…..
Dari hadith Bukhori dan Muslim…
“Berkat Rasulullah bukanlah orang yang kuat itu orang yang pandai berdebat, tapi mereka adalah orang yang mamp menahan dirinya daripada marah….
Nak tau kenapa marah tu boleh wujud….
Sebab hilangnya REDHA kita terhadap takdir ALLAH….
Subhanallah….CW pun senang sangat marah….
Sifat marah ni…
Sebenarnya mnunjukkan buruknya akhlak seseorang…
Dan kekadang..orang yang suka marah merasakan
Dia memiliki kelebihan dan hebat berbanding dari orang yang dimarahi….
Ok….
Petua penting…jangan pandang orang lain sebelah mata…
Walaupun pada hakikatnya kita ada kelebihan harta dan pangkat dari orang lain
Sebab Kalau pandang sebelah mata kat orang
kita mengundang supaya ALLAH tidak pandang kat kita…
Nauzubillah….Takutnya
Ish….Lepas nie CW pun xley suka2 nak marah kat orang…
Orang yang hensem pun tak macho kalau marah…
Rasanya tak de sesiapa suka tengok muka orang yang marah…
Kata orang Terengganu..serabut perut kalau tengok….

Nie….Cw selitkan sedikit petua ketika marah…Untuk ingatan diri CW sendiri dan juga rakan2 pembaca…
Ambilah wuduk…Marah itu ibarat api..wuduk ibarat bomba yang memadamkan api…
Ubahlah posisi kedudukan anda…kalau berdiri, duduk cepat2….
Ok setakat tu dulu…..

p/s :Petikan  Motivasi Rona Pagi IKIM dan Buku Bebas dari belenggu (Dr Azahar hj Sarip)