Facebook Badge

Thursday 22 August 2013

Yang aku rasa

Sekarang, isu Mesir semakin hangat .. Bukan sahaja Mesir, Syria begitu juga .. Ye, harus aku akui, dulu aku hanya sekadar baca-baca artikel .. tengok gambar .. Hari ini, bila ada percanggahan mengenai status Dr Morsi, hingga menjadi isu politik aku mula tergerak untuk tengok lebih dalam ... Even, kalau tak tengop dalam-dalam pun semua boleh nampak siapa yang zalim .. Bermula dua hari lepas, aku jadi asyik nak termenung .. entah, aku rase gelisah .. aku tercari-cari, aku terfikir kebingungan .. dalam hati mengutuk-ngutuk .. eh mane pergi hati, perasaan mereka nie .. zionis semua .. askar2 si sisi .. Bukan seorang dua, tapi beribu-ribu .. tembak, bom, snipper dan yang sangat-sangat aku tak leh terima, pakai senjata kimia .. terkial-kial kanak-kanak kesakitan dek menularnya racun kimia ke dalam badan .. mengelupur saat dibasuh dengan air ... mcam diorang yang bayar nyawa mangsa2 nie semua .. eh,eh .. mmg ye pun, suatu hari mereka harus bayar ..

saat ini aku masih kebingungan memikirkan, apa sebenarnye yang diorang rase waktu buat semua nie .. mulalah aku melarat, macam mana rasanya orang2 zaman jahiliyah waktu tanam anak-anak perempuan diorang hidup .. saat abu jahal dan abu lahab menyeksa semua pengikut Rasulullah .. apa ye, yang mendorong mereka begitu senang hati nak lakukan semua nie .. aku terfikir jugak, lena ke tidur si sisi ngen tentera yang bertanggungjawad membunuh semua rakyatnya .. rela hati ke semua tentera yang terlibat ..

pastu aku tambah bingung,rendah hati, memikirkan kuat betul semangat saudara kita di Tanah arab nie .. senyum aje menunggu giliran syahid, mati bukan ketakutan bagi mereka .. sedang aku disini melihat mereka dengan penuh rasa terseksa .. ibu-ibu ramai tersenyum, anakku syahid .. tunggu ibu di syurga .. anak-anak kecil turut tersenyum, mereka yakin ibu ayah mereka syahid menunggu kedatangan mereka di syurga kelak .. iye aku bingung ..

berbagai-bagai artikel yang aku jumpa, betul ke salah ke  aku tak pasti.. ini lah jadinya kalau tak tahu sejarah ( tuju kat sendiri ) .. yang duk hafal cuma sejarah tanah melayu .. sejarah runtuh bangun islam memang aku fail... bila baca buku kisah sultan Muhammad al-Fateh menakluki istanbul baru aku sedar, aku langsung tak tahu sejarah kebangkitan islam ..

memang termenung je, sampai ayah tanye ada masalah ke.. sah-sah la aku jawab tak .. timbal balik diri, dahlah usaha nak jadi hamba ALLAH yang baik tak hebat mane , dan jujur aku cakap, bila keluar isu mesir ni, aku rasa aku gagal dalam menjadi umat Nabi Muhammad yang baik .. orang cakap sekecil usaha ialah doa .. walaupun dah doa, aku tetap rasa tak cukup ..  sedih, kita aku rileks je happy2 kat sini, time ingat doa, time lupe tak doa .. Yang beriman, diuji dengan nyawa, yang goyah imannya(aku la tu) di uji dengan keindahan dunia

aku dah tak de idea nak tulis apa lagi .. bingung datang lagi ..

pe pun, jangan berhenti berdoa untuk seluruh umat islam di bumi ALLAH nie.

Doakan mesir, doakan syria, doakan palestin, doakan Madinah, doakan Mekah, doakna Malaysia
Doakan untuk satu Dunia !!!!!

Monday 15 July 2013

Ramadan 1434 hijrah

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa buat semua kenalan-kenalan dan para pembaca setia blog nie .. Assalamualaikum dan mudah-mudahan semuanya dalam rahmat yang Maha Esa. Kejap je dah masuk 7 Ramadan. Pantas masa berlalu ... Merenung kembali detik-detik kehadiran bulan yang penuh mulia dalam hidup penulis, saban tahun pelbagai peristiwa or lebih tepat ujian yang datang, Tahun ini, dua hari menjelang ramadan seluruh ahli keluarga menjadi tergaman buat seketika saat mendapat panggilan dari mak cik. Berita yang amat mengejutkan. Atuk telah dipanggil pulang oleh ALLAH . Dari rumah bergegas ke hospital Hulu Terengganu. Ketika berjalan menuju ke bilik mayat, datang sebuah van jenazah dan berhenti di depan penulis. Adik ibu, pak cik keluar dari van jenazah dan meminta kami menaiki van tersebut. Setitik air mata gugur, Hanya Al-Fatihah mengiringi perjalanan ke rumah nenek. Sampai di rumah, orang ramai telah pun memenuhi perkarang rumah neneh. Kaki terasa lemah untuk melangkah keluar. Sebaik keluar, penulis meluru mendapatkan nenek dan ketika itu barulah air mata pecah berderai. Demi menahan air mata, satu badan bergetar. Tak baik menangis banyak-banyak seksa jenazah. Usai mengambil wuduk dan bersiap untuk menghadiahkan bacaan Yasin untuk Atuk tersayang namun air mata ingin jatuh lagi. Cepat2 diseka . hmm... Sejajar dengan azam penulis tahun ni, penulis sedar yang saya tak boleh lemah lagi. Azam yang amat ringkas namun sukar. Iaitu menerima segala takdir ALLAH dengan hati yang lapang secepat mungkin dan mengurangkan titisan air mata akibat rasa terkilan dengan takdir yang datang. Akhirnya rasa sebak beransur hilang.  Seorang demi seorang anak2 atuk sampai. Masing2 dengan wajah yang sukar ditafsir. Melihat barisan cucu-cucu atuk yang masih kecil duduk dalam saf yg panjang sambil membaca Yasin kembali mengundang rasa sebak. Ye, semua sangat rapat dengan atuk sebab atuk sangat,sangat,sangat, baik,ceria, pemurah dan beriman orangnya. Jenazah arwah atuk sangat tenang tersenyum. Menjelang petang tiada lagi tangis yang kedengaran, cuma yang tinggal esakan kecil. Sepanjang kenduri tahlil. kedengaran cucu-cucu kecil berbual sesama sendiri. Masing-masing masih sukar menerima hakikat yang atuk telah pergi..Menurut sepupu yang berada ditampat kejadian, waktu itu atuk sedang minum air di sebuah warung, tetiba atuk terlentok ke meja seperti orang mengantuk tertidur.. Sampai di hospital, doktor berusaha untuk membuat apa yang patut dan lima minit kemudian, Doktor memaklumkan atuk telah meninggal. Sebab atuk pergi tanpa sebarang sakit, itulah yang membuatkanb kami semua terkejut di awal berita pemergiannaya..Kata nenek, ni semua janji DIA ... esok lusa, kita pula yang akan pulang... hmm..waktu ayah ajak ikut terawih di masjid Kg Gaung,kekuatan terkumpul seolah hilang, sebab terbayang atuk.. atuk suka pergi masjid tu, katanya sedap suara imam2 tahfiz kat situ.. dua tahun lepas,penulis ada tulis entry ala-ala gini ...

Moga ALLAH menempatkan arwah to'ki dikalangan hamba-hamba yang Soleh

Wednesday 5 June 2013

Mak Cik Jangan Pergi

Semalam pulang dari kerja agak awal. Oleh kerana keseorangan di rumah(mak ayah adik kakak pergi jenjalan kat KL) penulis keluar  menghirup udara segar. Dan seperti biasa singgah di pangkin jiran dan duduk bersembang dengan mak cik dan kakak sebelah rumah. Duk asyik bersembang mak cik tu gitau yang dia nak pindah KL. Duk umah anak dye. Sebu dan sebak serta merta . Sayu weh, nangis sebelum tidur kot. Maklumlah, 8 bulan duk umah, tiap-tiap hari duk bersembang ngen mak cik tu. Mak cik tu plak, tak penat plak melayan diri ini. Dan mak cik inilah satu-satunya insan yang paling banyak bercerita pasal arwah ibuku disebabkan dia memang rapat dengan arwah ibuku. Sebagai rumusan peulis  tahu arwah ibu orangnya sangat baik dan lemah lembut. Hmmm... mcm mane hati tak jatuh sayang dengan mak cik tu, banyak sejarah keluarga yang diketahui melalui mak cik tu. Dahlah mak cik tu baik, masa penulis nak pergi bandar nak beli barang buat BBQ sesama jiran, dye pun sanggup je teman penulis ... Hadoi... kesian kot penat .. Penulis try la request suruh dye masak nasi goreng dua balang, terharu dye cakap boleh je ... sob..sob.. penulis cuma siapkan ayam, ikan dengan pemerap je.. Dan bila tau penulis dapat kerja walaupun kontrak(bulan 6 nie abis) dye excited sangat .... Berjela nasihat yang dye bagi. setiap hari mak cik mesti tunggu penulis lalu depan umah dye sebelum pergi kerja dan time balik kerja.. Kadang-kadang kalau dye xde boleh dengar suara cucu dye menjerit. .(neeeeeeeekk, kak irah dah balik).. mau tak terharu.. Dye sentiasa nasihatkan penulis untuk tetap sabar tak kira apa yang berlaku dan percaya kita layak untuk hadapi semua cabaran yang ALLAH beri .. Petang tadi nak pergi bersembang, tapi mata penulis dah kaca-kaca nak nangis bila tengok mak cik tu dan terus patah balik umah ..Kalau boleh nak je merayu kat mak cik tu "mok teh, janganlah pergi" ... huhuhu.. Boleh ke ?? Tapi itulah hakikat hidup kan .. Kalau kita duk asyik jalan atas jalan yang mendatar je, xdela plak peluang rasa seronok bila sampai tempat yang tinggi kan??

Apapun yang terbaik hanya ALLAH yang tahu dan hanya ALLAH yang boleh berikan.. Tugas kita sangka baik dan buat baik .. Sekian :)

Wednesday 29 May 2013

Sayangi Permatamu

Assalamualaikum..

Masa bersilih ganti, tanggungjawab yang dipikul belum lagi dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ibu ayah, maafkan anakmu yang belum lagi mampu membalas segala budi baikmu..Hari ini saya ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai trend kehidupan zaman sekarang..Terlebih dahulu, kepada para pembaca yang budiman, diingatkan bahawa penulis bukanlah orang yang banyak sangat ilmunya dan boleh dikatakan terlalu sedikit ilmu agama yang tercalit didada .. dan diingatkan juga penulis bukanlah seorang ibu mahupun seorang bapa, alhamdulillah setakat ini penulis masih dilagi dibawah jagaan ayah tercinta.. Wahai ibu bapa sekian, penulis sebenarnya amat takut melihat segelintir  ibu ayah berlumba-lumba memasukkan anak-anak mereka ke dalam pertandingan atau aktiviti yang amat bertentangan dengan kehendak agama. Maaf, terpaksa cakap program-program realiti yang dianjurkan oleh kebanyakan syarikat penyiaran terlalu jauh tersasar dengan keindahan pendidikan yang dianjurkan oleh agama islam . Nyanyian mahupun tarian. Lebih parah lagi, ibu ayah turut sama sama menangis bila anak mereka tersingkir, maaf, kegagalan itu adalah kegagalan yang sia-sia. Saat dipuji oleh para juri, ibu bapa turut merasa berbangga dengan kejayaan itu, maaf, itu bukan kejayaan yang perlu dibanggakan. Memang, selagi ada waktu manusia punyai waktu untuk berubah..Memang mereka boleh berubah bila sudah dewasa namun ingatkan pada kata bidalan " melentur buluh biar dari rebungnya" .. Sedangkan pasu pun dibentuk sewaktu tanah liat masih lagi lembut bukan selepas tanah liat itu mengeras..Selepas mengeras, barulah pasu itu dicat dan dihias untuk mencantikkan lagi rupanya .. Sekali lagi maaf, terpaksa cakap untuk kebanyakkan program realiti contohnya pertandingan mencungkil bakat tarian, cara berpakaian itu sahaja sudah salah ..dan terlalu banyak lagi perkara yang bertentangan dengan syariat islam dalam program sedemikian namun penulis tak mahu mengulas lanjut kerana penulis bukanlah arif sangat mengenai hiburan.. "pause" penulis mengucapkan jutaan tahniah kepada ibu bapa yang punyai kesedaran untuk mengasuh anak-anak mereka mengikut syariat agama .. Dan Maaf, terpaksa cakap serta perlu cakap hampir 80% rancangan di kaca TV sekarang memang menyumbangkan kepada kelalaian jiwa terhadap semua peringkat usia .. Gambaran Syaitan cuba menghasut dan menyesatkan manusia adalah seperti seekor lalat yang sedang mengerumuni bangkai..Lalu bagaimana kita akan kuat untuk melawan segala bisikan syaitan sedangkan jiwa kita tak sepenuhnya sedar.. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan & gurau-senda. Sedangkan negeri akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yg bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? ( al-An'aam;32)

Ibu ayah diluar sana didiklah anakmu untuk jadi permata bukan menjadi kaca .. Tak lupa buat ibu ayah diluar sana jagalah juga diri sendiri. Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak anda dan juga semua anak muda yang bakal menggantikan tempat anda .. ( @_@ penulis malu sangat tengok mak ayah zaman sekarang terutamanya mak duk menyanyi kat atas pentas ) .. Hmm ... 

Jom renungkan sekejap pesanan kekasih agung kita

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (Bukhari dan Muslim)

Ini pula pesan ALLAH kepada kita dalam surat cinta DIA ( moga kita semua diberi kekuatan )

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". 
(Surah an-Nur ayat 30-31)

Oleh itu ibu ayah, didiklah anakmu sebaiknya .. Bantu mereka untuk bina benteng iman yang kuat dalam hati untuk menghadapi dunia yang mencabar diluar sana .. Sedarkan mereka, matlamat kita adalah syurga yang abadi bukan keseronokkan dunia yang tidak akan pernah kekal .. Ajarkan mereka untuk bersyukur, ajarkan mereka pentingnya dan mulianya agama islam .. Ajarkan mereka indahnya hidup mencintai dan dicintai pemilik ALAM RAYA ini .. Didik mereka untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat .. 

"Sesungguhnya beruntunglah mereka yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan mereka yang mengeluarkan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari diluar daripada itu (zina dsb), adalah mereka yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) mereka yang memelihara amanah dan menepati janjinya. Dan mereka yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya." (Surah Al Mukminun: 1-11)

Ingatlah, jika kita gagal mendidik mereka, kita akan diturut disoal pada hari pembalasan segala amalan kita .. Hari itu, tiada guna penyesalan .. Moga kita semua diberi peluang dan keampunan dari ALLAH .. Sentiasalah bertaubat dan mohon ampun kepada ALLAH sebab kita tidak tahu detik mana percakapan dan perbuatan kita adalah satu dosa .. Dan manusia tak pernah lepas dari melakukan dosa.. (teringat kata Prof Dr Muhaya, anak-anak adalah cermin kepada dalaman ibu bapa)

Setakat itu sahaja perkongsian untuk enrty ini. Pohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau terguris hati.. Harap ditegur jika ada kesalahan .. Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus berubah kearah kebaikan dari masa ke masa...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".
(surah Al-Furqan:74)

Jom amalkan doa ni jugak

"Ya Allah, banyakkanlah harta dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadap-Mu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."








Sunday 26 May 2013

Thursday 23 May 2013

Salam Sejahtera Semua !!

Hope, you all sihat dan sentiasa dipayungi 
dengan naugan cinta dari Yang Esa 



Kadang-kadang kan dalam hidup kita, ada masanya kita harus pergi tanpa berpaling untuk selamanya, ada masa kita perlu pusing sekejap dan teruskan perjalanan, ada masa kita perlu menoleh sahaja dan ada masanya kita perlu berpatah balik or to make a u-turn. We just need to take the road which you think is the best and lets ALLAH guide us to a better life .. And never regret (argh, tetiba keluar ayat org putih) .. Yang penting hargai setiap perkara dalam hidup walaupun hanya perkara yang kecil sebabbbb boleh jadi, suatu hari perkara yang kecil tu yang sebenarnya bawa perubahan besar dalam hidup kita .. hmmm ... tak tau dah nak tulis ape .. Yang penting, penulis nak sgt2 pesan kat sape2 yang baca blog nie (silent reader la kot eh) .. Bila kita dah buat keputusan menggunakan akal dengan berlandaskan pertimbangan ilmu, pandangan agama .. Didik hati tu, untuk jadi redha, jangan seksa jiwa sendiri .. "kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat ... Penting, untuk percaya keputusan yang dibuat demi kebaikkan diri serta mengharap redha ALLAH, akan dibalas dengan kebaikkan yang setimpal oleh ALLAH.Yakinlah!

** Maaf, isi mungkin tidak padat, namun moga bermanfaat 

Ya ALLAH, ampuni kami,rahmati kami :)


Sunday 19 May 2013

Sendirian

Assalamualaikum Para Pembaca Yang Budiman..

Today I'm alone in the office(room) .. And i feel lonely(but ALLAH always here) .. And I start to think, that why Rasulullah always remind us to always recite the Al-Quran, As it will be the best companion in alam barzakh .. I do think it must be very scary if we live with the snake and scorpion in that small hole .. SO guys, never forget to increase our amal and do always recite the al-quran. Not forgotten, always remember to takes some times to "berselawat". And practice yourself to make a zikrullah as your "penenang jiwa". It is good if you able to not just talk to yourself but to talk with ALLAH within your heart . Comes to another story, i'm very exciting to celebrate the Ramadan again this year !!!

That All for this Current time, May ALLAH always ease our day :)