Facebook Badge

Friday 28 October 2011

Jauh Benor Bezanya....

Jemaah Haji

Kebiasaannya...sesiapa sahaja yang menunaikan haji...pasti akan melakukan perubahan setelah pulang dari menjadi tetamu ALLAH...tentulah sajalah mereka mendapat title  "haji/hajah"
Kekerapan mereka ke masjid selalunya akan bertambah...Pendek kata ramai yang akan menjadi lebih baik dari sebelum menunaikan Ibadah Haji....

Tak Ada Moto

AJI-NO-MOTO.....ok.....
Ni bukan orang yang pergi haji tu tak ada motor...
Nie jenama serbuk perasa masakanlah...
Gunakanlah dengan kadar yang minimun
Untuk bagi extra taste dalam masakan
Tapi lagi elok kalau dielakkan...
Kalau manyak2 Boleh gugur rambut
Jadi AJI-NO-RAMBUT


Pak Aji Juara

Yang ni lagi lain....
Lepas dapat aji....
Habis kiri kanan atas bawah dilibas
Kalau sebelum aji, baik je....
Ikut je turn....Dah tu tamak lagi...
Lepas dah aji nak aji lagi....
Umrah tak nak....
Ahaksss....gitu la kalau main dam aji...


pssitt: setakat tu je la.....sekadar mencoret

SeNaNg Je Tapi SuSah

Kisah Satu

Pak Mat  memelihara seekor kera yang djadikan sumber pendapatan  keluarga…..
Kera itu diberi nama Ali….Ali dilatih memanjat pokok kelapa
Setelah mahir Ali dilatih untuk memetik kelapa
Pak Mat Membina sebuah pondok untuk Ali….
Setiap hari disajikan dengan buah-buahan
Ali juga diberi makan roti, gula2,susu dan bermacam lagi
Sehari sekali Ali dibawa ke tali air untuk dimandikan
Ali sangat suka berenag…
Namun pada suatu hari…..
Ketika sedang memanjat pokok kelapa pelanggan…
Ali dengan pantasnya turun dari pokok dan enggan untuk naik
Begitu juga dengan keesokkan hari dan minggu berikutnya…
Pak Mat menjadi sangat marah…
Pak Mat Mula membiarkan Ali tanpa makan dan minum..
Lama – kelamaan Ali jatuh sakit dan Mati…..

Kisah Dua

Pesan Rasulullah…
Tinggakanlah segala larangan ALLAH …
nescaya kamu bakal memiliki ibadah yang paling baik……

Terdapat Kisah Seorang Pemuda….
Pemuda Tersebut seorang yang soleh dah kuat beribadah….
Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa seorang Ulama’ 
Pemuda tersebut bertanya
 “Adakah caranya jika aku ingin melakukan segala  larangan ALLAH 
dan  meninggalkan segala suruhan tanpa ALLAH  murka kepadaku……
Ulama’ tersebut merenung pemuda terbabit dan mendiamkan diri……
Setelah  sekian lama ulama’ tersebut masih juga diam 
dan pemuda tersebut terus setia  menunggu jawapan. 
Akhirnya pemuda itu mengambil keputusan untuk
pulang kerana tiada jawapan….
Baru sahaja hendak mengangkat kaki….
Ulama’ tersebut berkata-kata : Ada wahai pemuda
Pemuda tersebut kebingungan….Pelik dengan jawapan Ulama’
Ulama menyambung bicara 
“Yang pertama, engkau jangan guna sedikit pun apa jua hasil rezeki, 
makanan, minuman yang ALLAH ciptakan untuk penduduk bumi…
Kedua…JIka kau mampu menghalang malaikat maut dari mencabut nyawamu,
kau boleh lakukan larangan ALLAH…
Dan kau boleh tinggalkan apa yang diperintah ALLAH,
jika kau yakin kau dapat mencampakkan malaikat penjaga neraka ke dalam neraka……
Pemuda tersebut hanya tunduk ketakutan……

p/s : Renungkan kedua2 cerita dan fikirkanlah mesej yang ingin CW sampaikan

PerHatian

OK.....ini alamat terbaru blog saya.....
Setelah mesyuarat Ahli Lembaga Dilakukan
Serta Bancian yang telah dijalankan
Penjenamaan semula blog terpaksa dibuat

http://syahirahmohamad.blogspot.com/

Thursday 27 October 2011

Aiman Yang Beli Nie


Pada suatu hari…..CW pulang ke rumah….tetiba ayah CW turun….

Bab: akak cube tengok minyak rambut nie….
Cw : Kenapa nak tengok, minyak rambut pakai kat kepala…ahaks…
Bab: Minyak rambut nie berdesaa(keadaan apabila panadol soluble dimasukkan ke dalam air)
CW : Bagus ar tu, bleh cuci kelemumur…rambut pun hitam…
Bab : peliklah…adik aiman kata dye xley pakai…kalau pakai sakit kepala….wangi sangat…

Tika itu terpandang kelibat minyak rambut di tangan ayah…..
Hati CW mula ingin tergelak….Ok minyak rambut Johnson…
Botol Purple….5 meter dah boleh bau…. 
Hahaha….Dalam hati….nie mesti bukan minyak rambut

CW : Iye ke minyak rambut….siapa yang beli…
Bab: Iye….aiman ngen adik yang pilih…..

Nak tau…..dari kejauhan kelihatan perkaataan Cologne…..ahaks….kesian sungguh kat adik2 CW…..itulah….Semua benda dalam bahasa Inggeris….Adik2 yang darjah 2,3 tu manalah tahu apa maksudnya Cologne Tu…..Mereka hanya memilih berdasarkan apa yang mereka selalu lihat….Kat sini CW rase frasa “pengalaman adalah guru yang paling baik ” adalah antara sebab adik2 CW memilih cologne tersebut ok….Sebabnya umi memang belikan minyak rambut Johnson untuk kegunaan dirumah….Adik2 CW melihat persamaan tapi tidak meneliti kebenaran….Mereka dah biasa melihat pekataan johnson...tapi tak mengamati perkataan lain....botolnya kelihatan sama ok...
kite sambung dialog….

CW : Sambil mengambil botol yang dipegang ayah…Bagi membuat kepastian….Ia…memang bukan ­­­­­          minyak rambut….  “ Meh nak try pakai”
Bab : Tapi bau dia wangi…ke  dah expired….??
CW : Tuang cecair ke tapak tangan dan sapu ke tangan…. “tak lah ok lagi nie”
Bab : Cuba pakai kat rambut baru dapat rasa….
CW : Nie bukan pakai kat rambut tapi kat badan…kulit…kekeke…..
Bab : Nie adik aiman lah yang beli……

Tetiba Adikku datang….

Aiman : Bukan Aiman beli…Bab yang beli
CW     : Pulak dah…..
Bab     : Bukanlah aiman yang Pilih…
Aiman : Aiman pilih je…adik kata wangi….Bab yang bayar…duit bab….jadi bab yang beli….
CW      :hanya mampu tersenyum…..

OK.....inilah gerangan minyak rambut yang membuatkan adik2 dan ayah CW sakit kepala...

Saturday 22 October 2011

So What????

Awak siapa...??? 
Saya Siapa....???
Oh sinisnya soalan....



Suka Cik writer nak ingatkan....
Perbezaan darjat dunia bukan sesuatu yang hebat
Bukan jua perkara yang patut dibanggakan...
Tapi sepatutnya disyukuri dengan penuh rasa rendah diri...
bukan dijadikan alasan untuk merendah-rendahkan orang lain walaupun orang lain sememangnya tidak setinggi anda...

Ok...nak tahu pasal satu hadis...
mengenai..titian sirat...

Saat sampai manusia ke titian sirat...
Semua manusia akan menyebut...
ALLAH Ya Sallim....
Ya ALLAH...selamatkanku...
Saat itu pangkat dan darjat tidak lagi menjadi batu 
loncatan untuk sampai ke syurga....
ok...
jadi jangan terlalu bangga diri dengan ilmu yang ada.....
Kongsilah ilmu yang bermanfaat...
Dan hormatilah orang disekililing walaupun 
nampak hina di pandangan anda..

nota kaki : kalau dah berjaya..jangan dongak terlalu tinggi ke langit..sesekali pandanglah ke bawah...bimbang tersepak batu yang merata di jalanan....

Saturday 15 October 2011

Persoalan

Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku 
esok mahupun seminit selepas ni.....
Kita mungkin mampu merencana masa depan
mengikut apa yang kita impikan...
tapi bagaimana penerimaan kita apabila apa yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan....

ADaKAH mampu di waktu itu menjadi hambaNYA yang bersyukur??

Ilubiu….


Salam semua….Cik writer telah menjadi sesibuk perdana menteri semenjak memasuki semester pertama tahun terakhir…ke sana dan ke sini…bezanya kalau PM mesti naik flight ngen limosin…Cik writer jalan kaki je…tak pon tumpang lompat2 ngen si kancil….Sangatlah mencabar rasanya gelaran “super Senior” yang disandang….Bangun subuh balik dah nak maghrib….lepas isyak….duk wat kerja sedar2 dah pukul 3….tiap2 hari begitulah….Muka pun dah jadi cam ikan buntal…sembab sana sini….Tak pasal2 ada eye shadow free bawah mata…dah lah warna hitam kalau warna biru ok gak….jari ni plak, jarang sungguh berehat..ok yang paling banyak berehat sekarang ialah mulut dan lidah….bila dah wat kerja kena konsenteret ok…..tak leh main2….pakai bahasa isyarat sudah….tapi ada jugak tersalah faham bila guna isyarat mata….itu belum lagi termasuk adegan pecut memecut 280 km sejam…tpi ni bukan pecut bawa kereta atau motor…kalau hari yang pergi ke kampus kota dengan menaiki limosin university (yang panjang warna merah tu)….pukul 4.15 adalah waktu genting dan penuh debaran….semua orang akan cuba mengatasi kelajuan kapal terbang….kalau pukul 4.60 petang masih lagi di  dalam lab….jantung mulalah terasa ingin gugur…time tue jugakalah semua orang seolah-olah ada 2 pasang tangan tau….bila dah keluar lab…mulalah rasa nak jumpa doraemon…tak pun ultraman…tak pun terasa nak join kuasa boiboboy….kalau boleh nak kelip mata terus dah masuk bus….yang paling tak suka…bila sit penuh….tpi nak balik cepat….sepenuh kekuatan dan semua kuasa cengkaman digunakan untuk memastikan diri tidak menyembah lantai bus…sanggup kot berdiri sebab nak balik….Lagi menyulitkan bila berdiri di sebelah sit lelaki…adooii….manyak segan…kedudukan kena mesti btol2 stabil…sentiasa bersedia untuk membrek bersama2 driver….ahaks…..Cik Writer plak ada masalah lebihan berat yg menyebabkan kaki yang bersaiz lima tak mampu menampung lemak2 badan…..kesannya????......uhuks…..sakit lutut….sengal…pedih….kejang….semua ada…..ehehe….berbalik kepada tajuk n3…..walaupun beribu kesusahan…berjuta dugaan…rintangan yang bersimpang siur….cik writer rase dah cool sikit….ok…dah sebulan la bergelar “final Year Student”…Emosi kembali dalam coverage empunya diri….yang buat cik writer bertambah Cool dan tersenyum seperti biasa (walaupun muka sokmo serius)….ialah dengan kehadiran teman2 yang memang cool….buat gen salmonella ngen staphylococcus…..korang memang terbaik….buat semua classmate….ilubiu….sayang sangat kat korang..buat jejaka2 macho dalam kelas yang sangat baik hati…mekacih banyak2 jugak….moga kita semua berjaya siapkan “terakhir tahun projek”

“ One day…..I will miss you all…..that time I know….there will be  no you anymore to wipe out my tear”


 
Pssiit…: alhamdulillah…terima kasih ALLAH…

Sunday 9 October 2011

OH.....Puitis...


Ku saksikan....
Ramai insan-insan yang terleka dengan nikmat dunia semata....
Begitu jua daku, sekelip mata bisa terbuai
Mulut yang bertutur hati yang berbicara akal pula mentafsir....
ah....sukar sungguh untuk menilai...
Sungguh terkadang daku tertanya..
Pada prinsip yang mereka pakai....
Dan juga pegangan ku sendiri.....
Hinggakan tafsiran tertampil bukan lagi cerminan nurani....

ini realitinya sekarang...
ku punya kekasih ku punya suka...
ku punya tunang oh bagusnya aku
ku punya suami/isteri...xperlu nak tayang
....ape2 pun xboleh....
sejenak bertanya...
Ya ALLAH...bagaimana pula akan aku....
Moga tidak akan seperti mereka...
kejap...terasa....hamba apakah aku...
Kemungkaran di depan mata tak pernah mampu ditentang...
sedang di hati...(tutt...cam haram duk mengata)....
Bila dah terlepas cakap jadilah ketupat basi...

Ya ALLAH.....
Ku tak ingin jadi pecinta dunia semata...
Biarlah cintaMu yang pagari langkahku...
Moga usiaku sentiasa dalam rahmatMu...