Facebook Badge

Monday 15 July 2013

Ramadan 1434 hijrah

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa buat semua kenalan-kenalan dan para pembaca setia blog nie .. Assalamualaikum dan mudah-mudahan semuanya dalam rahmat yang Maha Esa. Kejap je dah masuk 7 Ramadan. Pantas masa berlalu ... Merenung kembali detik-detik kehadiran bulan yang penuh mulia dalam hidup penulis, saban tahun pelbagai peristiwa or lebih tepat ujian yang datang, Tahun ini, dua hari menjelang ramadan seluruh ahli keluarga menjadi tergaman buat seketika saat mendapat panggilan dari mak cik. Berita yang amat mengejutkan. Atuk telah dipanggil pulang oleh ALLAH . Dari rumah bergegas ke hospital Hulu Terengganu. Ketika berjalan menuju ke bilik mayat, datang sebuah van jenazah dan berhenti di depan penulis. Adik ibu, pak cik keluar dari van jenazah dan meminta kami menaiki van tersebut. Setitik air mata gugur, Hanya Al-Fatihah mengiringi perjalanan ke rumah nenek. Sampai di rumah, orang ramai telah pun memenuhi perkarang rumah neneh. Kaki terasa lemah untuk melangkah keluar. Sebaik keluar, penulis meluru mendapatkan nenek dan ketika itu barulah air mata pecah berderai. Demi menahan air mata, satu badan bergetar. Tak baik menangis banyak-banyak seksa jenazah. Usai mengambil wuduk dan bersiap untuk menghadiahkan bacaan Yasin untuk Atuk tersayang namun air mata ingin jatuh lagi. Cepat2 diseka . hmm... Sejajar dengan azam penulis tahun ni, penulis sedar yang saya tak boleh lemah lagi. Azam yang amat ringkas namun sukar. Iaitu menerima segala takdir ALLAH dengan hati yang lapang secepat mungkin dan mengurangkan titisan air mata akibat rasa terkilan dengan takdir yang datang. Akhirnya rasa sebak beransur hilang.  Seorang demi seorang anak2 atuk sampai. Masing2 dengan wajah yang sukar ditafsir. Melihat barisan cucu-cucu atuk yang masih kecil duduk dalam saf yg panjang sambil membaca Yasin kembali mengundang rasa sebak. Ye, semua sangat rapat dengan atuk sebab atuk sangat,sangat,sangat, baik,ceria, pemurah dan beriman orangnya. Jenazah arwah atuk sangat tenang tersenyum. Menjelang petang tiada lagi tangis yang kedengaran, cuma yang tinggal esakan kecil. Sepanjang kenduri tahlil. kedengaran cucu-cucu kecil berbual sesama sendiri. Masing-masing masih sukar menerima hakikat yang atuk telah pergi..Menurut sepupu yang berada ditampat kejadian, waktu itu atuk sedang minum air di sebuah warung, tetiba atuk terlentok ke meja seperti orang mengantuk tertidur.. Sampai di hospital, doktor berusaha untuk membuat apa yang patut dan lima minit kemudian, Doktor memaklumkan atuk telah meninggal. Sebab atuk pergi tanpa sebarang sakit, itulah yang membuatkanb kami semua terkejut di awal berita pemergiannaya..Kata nenek, ni semua janji DIA ... esok lusa, kita pula yang akan pulang... hmm..waktu ayah ajak ikut terawih di masjid Kg Gaung,kekuatan terkumpul seolah hilang, sebab terbayang atuk.. atuk suka pergi masjid tu, katanya sedap suara imam2 tahfiz kat situ.. dua tahun lepas,penulis ada tulis entry ala-ala gini ...

Moga ALLAH menempatkan arwah to'ki dikalangan hamba-hamba yang Soleh