Wednesday, 5 June 2013

Mak Cik Jangan Pergi

Semalam pulang dari kerja agak awal. Oleh kerana keseorangan di rumah(mak ayah adik kakak pergi jenjalan kat KL) penulis keluar  menghirup udara segar. Dan seperti biasa singgah di pangkin jiran dan duduk bersembang dengan mak cik dan kakak sebelah rumah. Duk asyik bersembang mak cik tu gitau yang dia nak pindah KL. Duk umah anak dye. Sebu dan sebak serta merta . Sayu weh, nangis sebelum tidur kot. Maklumlah, 8 bulan duk umah, tiap-tiap hari duk bersembang ngen mak cik tu. Mak cik tu plak, tak penat plak melayan diri ini. Dan mak cik inilah satu-satunya insan yang paling banyak bercerita pasal arwah ibuku disebabkan dia memang rapat dengan arwah ibuku. Sebagai rumusan peulis  tahu arwah ibu orangnya sangat baik dan lemah lembut. Hmmm... mcm mane hati tak jatuh sayang dengan mak cik tu, banyak sejarah keluarga yang diketahui melalui mak cik tu. Dahlah mak cik tu baik, masa penulis nak pergi bandar nak beli barang buat BBQ sesama jiran, dye pun sanggup je teman penulis ... Hadoi... kesian kot penat .. Penulis try la request suruh dye masak nasi goreng dua balang, terharu dye cakap boleh je ... sob..sob.. penulis cuma siapkan ayam, ikan dengan pemerap je.. Dan bila tau penulis dapat kerja walaupun kontrak(bulan 6 nie abis) dye excited sangat .... Berjela nasihat yang dye bagi. setiap hari mak cik mesti tunggu penulis lalu depan umah dye sebelum pergi kerja dan time balik kerja.. Kadang-kadang kalau dye xde boleh dengar suara cucu dye menjerit. .(neeeeeeeekk, kak irah dah balik).. mau tak terharu.. Dye sentiasa nasihatkan penulis untuk tetap sabar tak kira apa yang berlaku dan percaya kita layak untuk hadapi semua cabaran yang ALLAH beri .. Petang tadi nak pergi bersembang, tapi mata penulis dah kaca-kaca nak nangis bila tengok mak cik tu dan terus patah balik umah ..Kalau boleh nak je merayu kat mak cik tu "mok teh, janganlah pergi" ... huhuhu.. Boleh ke ?? Tapi itulah hakikat hidup kan .. Kalau kita duk asyik jalan atas jalan yang mendatar je, xdela plak peluang rasa seronok bila sampai tempat yang tinggi kan??

Apapun yang terbaik hanya ALLAH yang tahu dan hanya ALLAH yang boleh berikan.. Tugas kita sangka baik dan buat baik .. Sekian :)