Facebook Badge

Sunday 25 September 2011

SECANGKIR MADU


Duhai permata manjaan ayah ibu…
Jangan biarkan ibu ayahmu merintis kerana sikapmu
Carilah keredhaan ALLAH 
di bawah naungan keredhaan ibu dan ayah
Duhai anak-anak ku
Janganlah dikau menjadi
Racun kepada ibu ayahmu
Ketahuilah
Ibu ayahmu telah sekian lama
Bersusah payah untukmu
Duhai anak-anakku
Binalah kebahagian hidupmu
Dengan redha ibu ayahmu
Ya ALLAH ampunilah dosa anak-anakku…
Jangan biarkan dosanya
Menjadi api yang membakar  kami di akhirat…
Ya ALLAH….jadikan mereka hambaMU yang soleh…


Wednesday 21 September 2011

Siapa Yang Gagal Sebenarnya

Salam semua.....
meh nak kongsi citer sikit...

hari ini...ada seorang sahabat saya bertanya...
kenapa dia sering takut untuk gagal....


lantas saya bertanya....apakah yang ditakutkan...
sahabat saya  menjawab dia takut dia akan gagal dalam semua perkara yang yang dilakukan

Kemudian sahabat saya berkata-kata lagi...
Macam mana nak hilangkan ketakutan tue...
Saya menjawab
"FACE YOUR FEAR"

Kemudian sahabat saya berkata lagi macam mana kalau 
dia gagal kalau dia lakukan perkara yang dia takutkan tu....




Saya tersenyum....
"Setiap kali merasa takut akan gagal...
Angkatlah muka...dan senyum...
Kemudian ingatlah....Kita kan ada ALLAH...."

Pesanan buat semua...
Setiap kali mempunyai masalah...
Jangan sesekali kita murungkan diri
Kerana itu akan membuat kita merasa terbeban

Kita akan selamanya gagal jika kita takut untuk gagal...
Percaya pada janji ALLAH....
"siapa berusaha pasti dia berjaya"

Nak tahu tak kenapa syaitan sampai sekarang masih lagi berjaya menyesatkan semua umat manusia...Jawapannya amat mudah..syaitan merayu dan meminta izin pada ALLAH bahawa mereka ingin menyesatkan manusia pada hari mereka ingkar dan enggan sujud kepada Nabi Adam A.S.   Jadi jangan takut untuk gagal sebelum anda berusaha...

pssit...: nanti Cik writer sambung lagi entry ni yer..


Sayang Sayang Mereka

Tiga tahun kami bersama..
menuntut ilmu berkongsi duka melakar ceria.....
Kini kami di tahun akhir....
Matlamat kami...
membawa pulang segulung ijazah buat ayah bonda tercinta....
Setiap detik waktu yang berlalu terasa amat indah
Pilu datang menyapa setiap kali mengenangkan
saat kami bakal berpisah.....
Ya ALLAH....
Berkatilah persabahatan kami....
Jadi kami sahabat-sahabat syurga....
Berikan kami kejayaan dunia akhirat.....
Jom Nengok Gambar...


selamat hari lahir ida n ecah

Nie budak cute



kami memang suka bergambar


Nie....All the guys in our class


ISM Produksi dan Kesihatan Haiwan

Bermacam ragam

Ni....papa kesayangan kami.....
These pictures only part of small piece
of our memories.......



pssit : Cik Writer sungguh bersyukur dikurniakan teman seperjuangan yang memahami, baik hati, comel2...

Saturday 17 September 2011

TaHnIaH

Tanggal 17 september 2011.....hari lahir sahabat baik saya....Nur Hidayu Mohd Hisham.....She is one of my good friend......hari ini juga hari pertama Istiadat Konvekesyen UniSZA...tersentuh juga hati melihat kesibukan lalu lintas di dalam kampus....tak tau lah kenapa hati tu rasa tersentuh....jalan-jalan kat pesta konvo pun ada juga rasa sayu...hmmmm...memang agak pelik....cik writer pun hairan.....bila terjumpa orang tertentu hati pun di himpit pilu..kenapa???.....tak tau.....

K....di kesempatan ini...Cik writer nak ucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang menerima ijazah pada hari ini....terutamanya kepada senior2 biotek pertanian....Moga ijazah yang diperoleh bukanlah dijadikan alasan untuk mendongak tinggi ke langit..Ilmu yang diperoleh gunakan sebaik mungkin moga ia menjadi amal bekalan buat akhirat nanti....Kenanglah dan doakanlah kesejahteraan sesiapa sahaja yang pernah membantu kita dalam menuntut ilmu.....

Last but not least....Say....Alhamdulillah...Thank You ALLAH for this awards....

TAHNIAH!!!!!!!

Mencari Jawapan....



Ada sesiapa yang tak pernah suka kat sape2???
Bukan suka kat sama jantina tapi yang berlainan jantina…
Susah jugak kan bila kita dah suka kat seseorang…
Sakit angau mula lah datang…..Pastu mulalah risau semacam…
Nak di luah malu….nak dipendam takut yang disuka di kebas orang…

Ni la antara ujian yang paling berat buat manusia yang sememangnya dikurnian dengan rasa kasih sayang…
Kalau ni bukan antara ujian yang berat tidaklah seorang wanita itu dikira syahid jika dia boleh menyembunyikan rasa cintanya ada lelaki yang bukan muhrim dan tiada satu orang pun yang tahu melainkan ALLAH….


Dan ianya mungkin ujian yang teramat berat bagi mereka yang masih lagi ingin hidup berlandaskan syarak dan sunnah Rasulullah pada zaman sekarang memandangkan “COUPLE” telah menjadi trend dan amalan biasa dalam hidup…

Berbalik kepada rasa cinta kat seseorang…
.Hal ini tidak dapat dielakkan terutama golongan remaja….
mula-mula kawan biasa je pastu rasa mesra dan serasi…
pastu ada rasa rindu…pastu sedar rasa sayang mula menyelit…..
ada juga yang selalu Nampak dan tengok2 je si dia….banyak pula cerita yang baik-baik didengar mengenai si dia melalui kawan-kawan….
dan mulalah rasa jatuh hati…..Nak di luah takut pula si dia terus lari….
nak di pendam rasa sakit….

Solusinya….Cuma satu…
.
Kita kena Tanya ALLAH dulu…..
jangan biar ALLAH jawab mengikut apa yang kita nak, tapi biarlah mengikut apa yang ALLAH telah takdirkan untuk kita 
kerana ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita….
TAk faham kew???

Selalunya kalau kita suka kat seseorang…
tanpa berfikir ada yang akan berdoa…
ya ALLAH satukanlah saya dengan dia(si polan)…..
bila dah tiba masanya ALLAH satukanlah kami…..
(ni yang saya maksudkan kita minta ALLAH jawab mengikut apa yang kita nak)….

Sebaiknya….tanya dulu kat ALLAH…
 YA ALLAH….ada dia baik untuk saya ya ALLAH….
adakah saya patut menyayangi dia….
Adakah dia jodoh yang ALLAH tetapkan saya….
kalau dia bukanlah insan yang ALLAH ciptakan untuk saya…
ALLAH tolong saya kikis rasa suka ada dia ya ALLAH…

Lakukan setulus hati…
berdoa dan mohonlah kepada ALLAH seperti mana 
kita bercakap dengan ibu ayah kita…..
Andai kata datang petunjuk dari ALLAH yang si dia 
memang di ciptakan untuk kita…
Sebaiknya susulilah ianya dengan pertunangan dan cepatkanlah pernikahan….
itu pun kalau rasa bersedia telah ada dalam diri anda…

Kalau tidak,pohonlah pada ALLAH agar  kita menjadi sabar..
Ok…cinta itu sememangnya perasaan yang amat murni dan suci…
dan anda tidak bersalah kalau anda jatuh cinta…kerana fitrah..
susah memang susah tapi anda boleh berusaha untuk menjadikan ia bukan perkara yang menyusahkan malah menyenangkan…..
Setakat itu sahaja…

harap membantu insan yang bertanya ….
Terima kasih kerana membaca blog saya…
xmo sedih2 lagi sebab cinta nie…

bukankah cinta itu perlu diraikan dengan penuh penghayatan dan bukanlah perkara yang merunsingkan hati jua fikiran???
p/s : cik writer bukanlah arif sangat dalam bab cinta nie…tapi cik writer kongsi setakat yang cik writer tahu…cik writer punya ilmu agama sikit sangat…..kalau ada salah silap cik writer mohon maaf