Facebook Badge

Thursday 21 June 2012

Special dedication....


Dalam merungkai rahsia hati...
Hati-hati amat perlu...
Moga bukan nafsu yang memilih jawapan untuk hati...
saat hadir jawapan dari ALLAH..
Hati boleh jadi keliru...
Bila yang tak pernah terfikirkan hadir....
Hati-hati dalam mentafsir...
Moga tak tersalah anggapan....
Saat datang perkara-kara yang tak terjangka
Hati-hati dalam membuat keputusan...
Ambil masa untuk renung dan fikir...
Saat tiba masa untuk memilih...
Hati-hati dalam membuat keputusan...
Moga tak tersalah pilihan...

Buat Sahabat tersayang...Ida, Zeila.....
Moga Kalian Bahagia Dunia Akhirat..
Biar hati tak seteguh karang
Tapi moga Iman sentiasa gah seperti sinaran sang mentari
Walau cahayanya tak kelihatan...hangatnya sentiasa terasa...

noktah dan koma


Ok….semalam hari terakhir saye menjadi pelajar secara rasminya…dan hakikatnya…..manusia itu sentiasa menjadi pelajar kerana mereka akan terus belajar serta menemui dan menempuhi perkara yang baru seterusnya belajar untuk menerima akibat atau kesan atau takdir dari setiap yang berlaku….Walau sebaik mana kita merancang, perancangan ALLAHlah yang menjadikan perjalanan hidup ketika dan sebelum ini adalah perjalanan hidup yang terbaik untuk diri kita….

Hari last exam…memang haru…..mood memang xde langsung….Masuk dewan dengan dengan penuh senyuman sebab sye sangatlah tidak sabar untuk menokhtahkan kehidupan sebagai seseorang mahasiswa….Tapi dalam senyum, hati berat sangat nak letakkan tnda “koma” pada pertemuan dengan sahabat seperjuangan….

Ape2 pun…Alhamdulillah…..ada beberapa perkara yg dah menemui titik akhir…abis je exam….rasa nak senyum je…Tapi lepas telefon bab dan umi tersayang….air mata turun tersangat laju mengalahkan air terjun…well….sye dan air mata memang tak dapat dipisahkan…akhirnya saya berjaya menyempurnakan impian mereka….     "Ma….adik dah abis belajar"

Merak plak mungkin dah pulang ke umah….semalam ternampak merak dengan sangkarnya…To merak…knowing you is one of the best moment l Have in UniSZA ..haha…lepas nie xyah nak main lari-lari kat pasar malam dah…untuk tahun2 seterusnya merak di UniSZA, I wish you All the Best….

Huhu…tinggal beberapa jam agi nak berpisah dengan kawan-kawan2….gambor tak abis agi g kumpul….kenangan terindah tu…barang-barang dah separuh sampai umah…separuh lagi sumbat je la masuk kancil…xde mood nak kemas….Berat sangat hati..tapi berat2 hati tak de lah sampai menambahkan berat bdan….air mata pun kalau kumpul boleh kot kalau setakat nak mandi dua hari….

Pagi ni…jantung dup dap dup dap……fuh…..tak tahu bagaimana nak menghadapi perpisahan….as today I will go home….Rasa macam nak lari balik macam tu je pun ada…..haha…ok tapi itu kejam....saya tak ley nak buat kejam


pssiit : tak letak lagi noktah,,,,

Tuesday 12 June 2012

Kisah Umar

Umar dengan penuh semangat menghalakan langkah untuk membunuh Muhammad....Di pertengahan jalan, di pukul sahabat yang menegur...Setelah mengetahui adiknya telah memeluk agama yang dibawa Muhammad....Umar bertambah marah,terus mara beliau ke rumah adiknya..Ketika itu adiknya sedang belajar al-quran...Di pukul adiknya hingga berdarah....Lantas adiknya bertanya "wahai Umar bagaimana jika ini adalah agama yang benar sedangkan agama nenek moyang kita ternyata salah"....Bunuhlah aku wahai Umar, aku mahu mati dengan agama ini".....Umar terpandang mushaf al-Quran, lalu di minta dari adiknya untuk melihat.....Engkau tidak suci Umar,masakan engkau mahu memegang amanat mulia ini...Umar berlalu untuk bersuci...Setelah siap...di ambil mushaf itu...Saat itu hati Umar bergetar....Lalu diminta adiknya untuk berjumpa dengan Muhammad....Lantas Kalimah Tauhid di lafaz...Subhanallah....Kerana, rumah adiknya selalu dialunkan bacaan Kalam suci, getaran NUR al-Quran begitu mudah menyirami api kemarahan Umar yang sedang marak....Beberapa hari sebelum itu...Muhammad iaitu Muhammad S.A.W....telah berdoa kepada ALLAH agar dilembutkan hati antara dua Umar...Umar pertama adalah Abu Jahal dan Umar kedua adalah Saidina Umar Al-Khattab...dan ALLAH telah memilih Saidina Umar....Allahuakbar....Indahnya doa Rasulullah....Dan hidayah dari ALLAH datang kepada hambanya dengan Rahmat...

 Jadikan membaca al-Quran sebagai Amalan...


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Untitled Document


Besi buruk kalau kita  rendam ke dalam air,pasti akan berkarat...Harganya boleh jadi sangat murah....Sekilo 60 sen boleh kot...Atau boleh jadi tak kan ada harga langsung...Tapi kalau nasi rendam dalam air,boleh kembang semangkuk...Silap2 boleh jual jadi nasi air...

Tapi kan, cuba, kita ambil besi buruk tu pergi hantar kat restoran tak pun kedai dobi  tempat buat  keris or parang....si pembuat akan masukkan besi kat api yang panas, besi akan jadi warna putih  oren/merah....

lepas tu, diketuk-ketuk oleh tukang besi, besi yang merah tadi untuk dibentukkan....Cuba bakar nasi...pasti hangus jadi kek keju blueberry abu...nak ketuk pun dah tak dapat....

Ok...selesai dibentuk mengikut acuan, maka besi buruk tadi bertukar menjadi keris yang sangat cantik..Harga besi buruk tadi  baru besi buruk tadi iaitu keris boleh jadi 60juta(rupiah) kot = 6 ribu lebih kurang....tak murah mahal tu... 

Oleh sebab tu ada hati yang kena ditegur dengan kasar...dengan penuh sentap baru akan sedar... sebab tak semua orang memiliki hati yang sekeras kerak nasi lembut...
Motif n3.....fikir-fikirkan sendiri ....

adaptasi dari sahabat


Sunday 10 June 2012

Buah Hatiku


Tomorrow,  11 06……my lovely father birthday..he will turn to 59 tomorrow…..Hmm….and I had been his daughter for about 22 years….It was bigger number actually. I still remember how hard my father strives after my late mother gone. He woke up early in the morning to make sure all my sibling woke up and be ready to go the school. Everybody as still in the adaptation stage and comes out with different “ragam” except Abg Zam. The worst and the most pampered person during that time is me…Five of us not giving good cooperation to our father. As the youngest sister, I’m quite “mengada-ngada”……Only my grandmother  tend to be cool with me…Usually after return from the work my father will pick up me from my grandmother house….We will have dinner together and after isyak my father will start to cook for tomorrow meal so that my sister and brother can eat after school. Everyday my father was having very hard time. It become haywire when there is people want to adopt me and there are another people wants to adopt my brother. My father does not want to give us to other people. After one year, my father remarried and I have new mother called umi… Umi was vey nice,kind and lovely people. Thanks ALLAH for the rewards…Until now my father still work hard…I was almost one year as my father retired. Nowadays he will wake up early in the morning. He is busy with his farm from morning until evening, He said he do not want to left all his son without any “pusaka”…..He do not want his son to be suffer if he is not longer be in this world….Day after day, the wrinkles on his face keep appear. But he never forgets to tell me “Ingat ALLAH selalu…” Setiap Masa……I do not know how to express and how to tell the world how much I love my father…..If can I want him to forever be at my side…I wonder am I good enough to him…

Thanks for raise me up
Sayang Bab Sangat2


Inilah buah hati saya…….Orangnya tegas tapi sangat baik hati….Seorang yang sentiasa kemas…Ke kedai pun berbaju kolar bagai. G kebun pun pakai kemeja yang bagi dia dah buruk (hakikatnya boleh lagi buat pergi dinner)…….Ayah saya seorang yang sangat kemas dan berprotokol orangnya…..Rambut sentiasa berminyak….huhu…Kalah anak-anak…Pakaian untuk solat haruslah digosok…warna baju bagi padan ngen seluar…selalu saya dimarahi pakai baju lain tone dengan tudung..ahaks….tak kisah…

K itu dulu…Nak Jalan-jalan kat pantai ni…..Adios…


EXam DAys..

It was me...At the stairways of the hostel...Yes...I'm Sitting at the stairs...Just To Online...
The connection do not reach my room(broken English)....
Ok...sekarang, 10 06 2012...Jam menghampiri pukul satu tiga puluh pagi.....Baru terhegeh2 nak study...
opss...salah...sambung study...tadi siang bukan main lagi gi library....Library negeri plak tu...alih-alih g tido kat surau...entah pape je...balik pukul lima, ambil my lovely friend IDA kat bus stesen....Lagi terlalu mengantuk...lepas maghrib sambung tido....mengantuk tak hilang kot...Final exam kali nie...mood study macam main sorok-sorok je...Cam chipsmore pun ada..kejap ade, lame xde(my versi)...Bila dah khusyuk nak study, ramai plak pelanggan datang....Xley marah k....itu pelanggan....hahaha...diorang nak print slip exam...Hingga detik ini daku pun belum print....Bila dah agak bosan datanglah mood karoke...ahaks...sambil dengar lagu dari hp....mulut turut bergerak...tetiba ter'accident' dengar lagu nie...


Suaraku berharap.....(Patutnya Hatiku Berharap)....Memandai je....

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Part Pujaan.......

First time kot dengar lagu nie malam nie...entah bila duk dalam memory card pun tak perasan..Bolehlah...agak bermaksud....dah boleh melalaikan jiwa juga lagu nie..

Ok....need to stops....Jum dengar lagu lain plak.....
Muhasabah diri...



Last words ....

Gud Luck to all my lovely classmates for our final exam....




Better Late Than Never

Tempat nie dah hampir setahun wujud...
entah betul ke tidak...
Dan beberapa minggu sebelum menamatkan pengajian...
Baru CW tahu tempat nie...
Haha...STudent Center Namaya...
Entah betul ke tidak....
Apa2 pun....
Cw dan rombongan berempat...
Sangat2lah terkejut dan excited...
Sampai lupa nak parking...
Hahaha...buatlah lagi satu pusingan membazirkan minyak...
Tersengih-sengih sambil duduk kat kerusi study...
Wah.....lagi best...bila nengok lampu ....
Ligthing effects yang memang best...
Blue..blue tau....
Like deep,deep in the sea...
Hahaha....hiperbola...
Nie, ha, sekeping gambor sebagai kenangan....




Friday 8 June 2012

30 seconds break part 2


Ya ALLAH..
Ku Pohonkan kemurahanMU yang sangat luas
Kerana ENGKAUlah yang menentukan setiap sesuatu
ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak kuketahui

Ya ALLAH…
Jika sesuatu itu menurutMU baik buat diriku
Kehidupanku dan kesudahanku
Maka pilihkanlah dan mudahkanlah ia bagiku
Namun seandainya ia merupakan musibah buatku
Maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya

Ya ALLAH…
Limpahkanlah kebaikan dimana saja kuberada
Redhailah dan berkatilah apa jua yang aku usahaku
Hanya ENGKAUlah
Tempatku mengadu dan memohon
Kerana sesungguhnya ENGKAUlah
Yang Maha Mengetahui

Ya ALLAH…
Sesungguhnya Kasih Sayang-MU agung terserlah
tidak tercatat, tidak terungkap, tidak terhitung
Segala Rahman Dan Rahmah

Saturday 2 June 2012

Alahai Kancil


Pagi tadi, tepat jam 9.15 selepas selesai bersenam di dapur dan berkarate dengan mesin basuh….CW keluar untuk memandikan kancil yang dah berdebu sana-sini…Malu kot nak bawa berjalan…huh…macam pemalas sangat je…Hajat di hati ingin pulang k asrama dalam pukul 11 pagi…gosok punyer gosok, bilas punyer bilas….Pastu teringin nak buka mulut kancil tu haa….air engine penuh….air wiper penuh….terasa nak cek minyak silinder…mmm.??betull ke …minyak hitam…..En ayah telah memberi latihan praktikal 3 jam berturut2 untuk memeriksa tiga perkara yang dikatakan wajib tu…Uhukss….bukan setakat low….tapi memang setakat sentuh2 besi penanda tu je….nervous sudah…bila dah tak senang duduk, dalam pukul 11.45 gitu…CW ambil keputusan untuk telefon En ayah…En Ayah ada  di kebun sibuk menanam anak getah…(pegawai felcra amat baik yer, ayah saya macam dah terpikat je…..I think that pegawai have a good communication skills as him manage to get entrust from my father).. then,  CW bagitau minyak kering…than EN ayah kata, nanti On the way singgah lah kat Majuna(kedai servis  kereta keluarga sejak turun temurun)..ah….dah tau dah mesti dapat jawapan tu…Cw Cuma mampu menjawab ye,,,ye,,,ye,,,ye,,,itu je…..dalam hati Menjerit tak nak….uit…segan kot….Cw tak ley cakap seganlah sebagai jawapan….pasti berterabur peluru M16 keluar dari En  Ayah....yang paling tak best bila en ayah keluarkan ayat nie -> “nanti kalau bab mati siapa nak tolong buatkan??’’…..huhu…tak suka part mati tue…tak boleh…jangan sebut….tak sanggup nak bayangkan….Sembelih ayam dengan ayah pun dah biasa…katanya praktis,darurat perempuan boleh sembelih,kalau dia dah tak ada senang…huhuhu….Bila ayah pulang dari kebun CW buat muka seposen dan muka kesedihan….haha…berjaya…En ayah mengalah…dia suruh balik hostel lewat sikit nanti dia bawakan kancil ke bengkel….alhamdulillah…segan kot nak duduk kat bengkel sorang, mekanik dahlah ramai lelaki plak tu…ahakss……dan sementara menunggu ayah pulang…Cw berfikir macam mana nak sepahkan dapur…Cw carilah apa yang patut…


dan Taaa daaaa…. Hasilnya…..

Kuih Mek Comel

Fikir


Adam dilahirkan disebuah kampung yang agak terpencil. Adam seorang yang agak lurus bendul. Suatu hari Adam terpilih untuk mengikuti kem pemantapan jiwa dan minda. Adam sangat gembira. Pada suatu sesi LDK, mentor kumpulan Adam mengemukakan satu teka-teki.

“kalau anak kembung nak pakai minyak apa?”

Adam mengangkat tangan namun mentor Adam tidak menyedari akan  tindakan Adam. Syakir, kawan sekumpulan Adam menjawab “pakai minyak saji Tuan”…..Adam ternganga….Tak kan lah kot….Dan jawapan itu betul….Pulang ke rumah, adik Adam menangis…Kata emak adik kembung perut…Laju Adam  ke dapur mengambil minyak masak cap Saji lalu menyapu minyak itu ke perut adiknya….Emak Adam sangat marah kerana Adam telah membazirkan minyak masak yang mahal….

Dan pada kem yang sama, Fakrul anak tunggal kepada seorang menteri yang juga sahabat Adam turut menyertai Kem itu…Dan mentor Fakrul turut menanyakan teka – teki yang sama. Fitri,searang anak desa menjawab “guna minyak yue yie cap limau…mujarab”……Fakrul tersenyum….Patutlah sedap….Pulang ke rumah….Fakrul membuka peti sejuk dan mendapati terdapat dua ekor anak ikan kembung dalam bekas….Fakrul gembira, dia sangat rindukan ikan kembung goreng emak Adam…Kini dia sudah tahu rahsia keenakkan ikan itu….diserahkan ikan itu kepada bibik untuk dibersihkan…Di kedai fakrul kebingungan, kenapalah kecil sangat botol minyak nie dan minyak itu kelihatan sangat pelik…terpaksalah dia membeli tiga botol yang besar. Pulang ke rumah, Fakrul mengarahkan  bibik supaya mengoreng menggunakan minyak yue yie yang dibeli…bibik Cuma mengikut permintaan Fakrul dan akhirnya ikan itu menjadi hangus hitam….Fakrul kehairanan….

Jawapan Syakir : Minyak saji untuk goreng ikan
Jawapan Fitri : Minyak yue yie untuk merawat anak kecil kembung perut

Ok….Motif cerita…

Satu persoalan yang sama mencetuskan dua pendapat yang sangat berbeza…Walaupun mereka sahabat baik, pemikiran mereka sangat berbeza…setiap tafsiran individu adalah berbeza dengan individu lain walaupun ianya situasi yang sama….walhal satu patah perkataan pun boleh membawa berjuta tafsiran yang berbeza….

Begitu juga dengan kehidupan kita…ada perkara yang kita rasa penting tapi Cuma biasa-biasa pada orang lain. Ada orang menganggap apa yang dilakukan sebagai perlu  tetapi ada orang lain mungkin menganggap itu sebagai sesuatu yang tidak perlu ….Ada perkara yang kelakar bagi kita tapi tidak bagi orang lain…


p/s : hati- hati dengan perkara yang ingin dilakukan, jangan sampai ditertawakan orang