Facebook Badge

Tuesday 12 June 2012

Kisah Umar

Umar dengan penuh semangat menghalakan langkah untuk membunuh Muhammad....Di pertengahan jalan, di pukul sahabat yang menegur...Setelah mengetahui adiknya telah memeluk agama yang dibawa Muhammad....Umar bertambah marah,terus mara beliau ke rumah adiknya..Ketika itu adiknya sedang belajar al-quran...Di pukul adiknya hingga berdarah....Lantas adiknya bertanya "wahai Umar bagaimana jika ini adalah agama yang benar sedangkan agama nenek moyang kita ternyata salah"....Bunuhlah aku wahai Umar, aku mahu mati dengan agama ini".....Umar terpandang mushaf al-Quran, lalu di minta dari adiknya untuk melihat.....Engkau tidak suci Umar,masakan engkau mahu memegang amanat mulia ini...Umar berlalu untuk bersuci...Setelah siap...di ambil mushaf itu...Saat itu hati Umar bergetar....Lalu diminta adiknya untuk berjumpa dengan Muhammad....Lantas Kalimah Tauhid di lafaz...Subhanallah....Kerana, rumah adiknya selalu dialunkan bacaan Kalam suci, getaran NUR al-Quran begitu mudah menyirami api kemarahan Umar yang sedang marak....Beberapa hari sebelum itu...Muhammad iaitu Muhammad S.A.W....telah berdoa kepada ALLAH agar dilembutkan hati antara dua Umar...Umar pertama adalah Abu Jahal dan Umar kedua adalah Saidina Umar Al-Khattab...dan ALLAH telah memilih Saidina Umar....Allahuakbar....Indahnya doa Rasulullah....Dan hidayah dari ALLAH datang kepada hambanya dengan Rahmat...

 Jadikan membaca al-Quran sebagai Amalan...


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

No comments:

Post a Comment