Facebook Badge

Thursday 21 April 2011

SeCebiS HaRaPaN Ku


Pada dia yang membuatkan jantung berdegup....
Pada dia yang mengalirkan darah dalam tubuh.....
Pada dia yang mencelikkan mata kala terpejam setelah tidur....
Hadirkan rasa syukurku sepenuh hati untuk-MU......

Wednesday 20 April 2011

Argh...soooo sleeepy...

Kalau masuk bab study je..mesti cepat rasa mengantuk....Saya nak kongsikan beberapa cara yang agak sesuai ntuk hilangkan mengantuk nie,...

  1. pergi ambil wuduk dan buat solat sunat yang sesuai....
  2. duduk jangan terlalu tega tapi lengkungkan bahagian tengah tulang belakang.
    Ini membenarkan kelancaran pengaliran tenaga dari saraf tunjang ke otak
  3. tarik nafas, hembus perlahan-lahan
  4. Buat Lompat bintang
  5. Buat larian setempat
  6. tukar Tempat studyM
  7. Minum air kosong yang masih lagi panas
  8. Cuba bulatkan mata seluas mungkin
  9. Pergi kat depan cermin pastu main senyum2...
  10. Tengok gambar mak ayah korang, korang mesti tak sampai hati nak kecewakan diorang dan dengan itu anda mesti tidak mahu mengaku  kalah kepada mengantuk
 Nie tips yang paling last....Kalau tak jadi  jugok korang memang ada masalah..nak tau...tidurlah sekejap tak pun sampai mengantuk tu dah hilang...Kan senang.....

Pedang itu bukannya Besi....

Apa khabar semua, moga kamu semua masih sihat-sihat aje. Sekarang saya nak kongsi sedikit pasal gergaji tak bermata. Haha, kalau gergaji takde mata mesti tak boleh nak potong kan???Tapi gergaji yang saya maksudkan bukan macam tu. Walau tak bermata, ia boleh menghancur lumatkan apa sahaja. Pedang yang bukan besi itu pun sama. Walaupun tak dibuat daripada besi, ia boleh menghunus dan merobek....
                                             CuBa FiKiR???



Itulah perumpaan yang diberikan orang tua kepada mulut manusia. Bukan mulut tu yang sama ngen pedang ngen gergaji tu...hikhikhik....kata-kata yang keluar dari mulut tu laa....tak faham ke???



Setiap apa yang kita lafazkan boleh membawa kesan yang amat besar kepada sesiapa yang mendengarnya. Macam mana tu??



  • Korang pernah tak merasa sakit hati bila kawan korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa gembira bila mak ayah korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa sedih bila abang korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa biasa-biasa je bila sepupu korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa takut bila ustaz cerita sesuatu kat korang????
Itulah sebenarnya kemampuan kata-kata yang terlafaz dari mulut setiap manusia...haaaa korang pernah buat orang lain rasa macam tu bila korang cakap dengan diorang..?? Jadi, hati-hati bila berbicara supaya kita tak melukan hati sesiapa walaupun masa bercakap tu, korang tak gunakan pisau pun....huhu....do break other’s people heart. Korang rasa korang dapat sembuhkan balik tak part hati orang yang korang dah lukakan tu...???



Setakat  ni dulu....



p/s: pesanan ini ditujukan untuk diri saya juga...