Facebook Badge

Saturday 5 November 2011

Kisah Melur


Sayup2 takbir bergema dari masjid….
Melur termenung di pangkin bawah pokok mempelam…
Gelap sudah pemandangan sawah yang tadinya cukup kuning…..
Kedengaran hilai tawa anak buahnya dipinggir telinga….
Melur memusingkan diri melihat anjung rumahnya…..
Hanya sebiji kereta using milik ayahnya disitu…
Melur berkhayal rupanya
Tiada kereta2 abang2 dan kakak2 yang pulang…..
Kata mereka…cuti sekejap sangat…Lagipn xpadan…
Balik kejap…duit banyak habis….penat lagi…
Dua hari duk kampong, balik terus kerja….
Senyum sumbing ayah melur pulang dari masjid petang itu…
Riuh kampung begitu mencuit rasa….
Di laman jiran2…ramai orang berkumpul…
Kereta dah tak terbilang….Banyak sangat….
Melur tahu…ayahnya juga merasa sepi….
Sepi kerana hanya melur, ibu, ayah dan adik di rumah….
Ah….melur menarik nafas…
Nanti melur mungkin juga tidak akan pulang…
Bila dah kahwin tentu kena ikut suami…
Melur jadi sayu membayangkan ayah tersayang beraya bersendirian…
Padahal suatu ketika dulu…
Ayahnya seorang tentera…Tapi ayahnya bersara awal..
Kerana tidak tahan berjauhan dari anak2…
Pasti ayahnya sedih…Anak2 tak mahu pulang kerana masa terlalu singkat…
Nak jimat duit lagi tue…
Sedangkan pengorbanan ayahnya  tidak terbayar…
Jeritan ibu mengajak ke surau mengembalikan melur ke alam nyata….
Melur sempat berdoa dalam hati…
Moga ada abang2 atau kakak2 tergerak hati untuk pulang ke kampung…..


No comments:

Post a Comment