Facebook Badge

Tuesday 1 November 2011

Alahai Nyamuk

Nyamuk…..
walaupun saiznya sangatlah kecil….
boleh buat manusia yang hebat marah besar…

Satu sengatan sahaja, sudah cukup membuatkan 
pemilik badan berjoget dan menggaru….

Tak kisahlah perdana menteri ke….
bos besar ke….pensyarah ke….kalau kena gigit nyamuk…
mesti terasa sakitnya…..Indahnya aturan ALLAH….
Dari segi fizikal si kecil nyamuk itu…..
aeolah2 tiada hebat…kecil badan….
sekali ditampar sudah pun mati….

Namun hikmahnya….
nyamuk yang kecil itu boleh membuat manusia gelisah….
Matinya seekor nyamuk sangat mulia….
mati ketika menjalankan amanah sebagai makhluk ciptaan ALLAH…
Fitrahnya memang diciptakan begitu…
supaya manusia sedar….Mereka bukan sesiapa….
Hebat manusia bukan kerana pangkat…
Gigitan nyamuk membuatkan manusia berpeluang merasa sakit..
sakit yang sedikit..
jauh bezanya sakit yang mungkin dirasa saat jengking di alam barzakh menggigit…
Walau pun dibenci manusia….
sang nyamuk tetap setia melaksanakan tanggungjawab dari PENCIPTA….
Oleh itu…..bersyukurlah….

No comments:

Post a Comment