Wednesday, 17 August 2011

Antara Dua Cinta

Aish......Susah betul saya nak khusyuk solat...Nak-nak waktu terawih...Belum lagi masuk bunyi mercun yang berdentam dentum.....
Kata seorang ustaz...Tanda orang yang terlalu cintakan dunia adalah orang yang tidak mampu khusyuk dalam solat...
Kata seorang lagi ustaz...Salah satu sebab mengapa seseorang tu susah dan tak boleh khusyuk dalam solat adalah mereka terlalu cintak dunia dan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap akhirat....
Ya Allah....Jauhilah saya dan seluruh ahli keluarga saya serta semua sahabat-sahabat saya daripada kecintaan yang melampau pada nikmat DuNia...Amin...

Ok...setakat tu je...Moga ramadan kali ini adalah ramadan yang lebih baik daripada ramadan yang lalu..Jom hayati bait-bait nasyid kumpulan raihan.....Antara dua cinta



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

1 comment:

  1. moga ramadhan kali nie membrikan kite satu pengihjrahan ke arah yg lebih baek..amin..

    ReplyDelete