Facebook Badge

Friday, 8 June 2012

30 seconds break part 2


Ya ALLAH..
Ku Pohonkan kemurahanMU yang sangat luas
Kerana ENGKAUlah yang menentukan setiap sesuatu
ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak kuketahui

Ya ALLAH…
Jika sesuatu itu menurutMU baik buat diriku
Kehidupanku dan kesudahanku
Maka pilihkanlah dan mudahkanlah ia bagiku
Namun seandainya ia merupakan musibah buatku
Maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya

Ya ALLAH…
Limpahkanlah kebaikan dimana saja kuberada
Redhailah dan berkatilah apa jua yang aku usahaku
Hanya ENGKAUlah
Tempatku mengadu dan memohon
Kerana sesungguhnya ENGKAUlah
Yang Maha Mengetahui

Ya ALLAH…
Sesungguhnya Kasih Sayang-MU agung terserlah
tidak tercatat, tidak terungkap, tidak terhitung
Segala Rahman Dan Rahmah

Saturday, 2 June 2012

Alahai Kancil


Pagi tadi, tepat jam 9.15 selepas selesai bersenam di dapur dan berkarate dengan mesin basuh….CW keluar untuk memandikan kancil yang dah berdebu sana-sini…Malu kot nak bawa berjalan…huh…macam pemalas sangat je…Hajat di hati ingin pulang k asrama dalam pukul 11 pagi…gosok punyer gosok, bilas punyer bilas….Pastu teringin nak buka mulut kancil tu haa….air engine penuh….air wiper penuh….terasa nak cek minyak silinder…mmm.??betull ke …minyak hitam…..En ayah telah memberi latihan praktikal 3 jam berturut2 untuk memeriksa tiga perkara yang dikatakan wajib tu…Uhukss….bukan setakat low….tapi memang setakat sentuh2 besi penanda tu je….nervous sudah…bila dah tak senang duduk, dalam pukul 11.45 gitu…CW ambil keputusan untuk telefon En ayah…En Ayah ada  di kebun sibuk menanam anak getah…(pegawai felcra amat baik yer, ayah saya macam dah terpikat je…..I think that pegawai have a good communication skills as him manage to get entrust from my father).. then,  CW bagitau minyak kering…than EN ayah kata, nanti On the way singgah lah kat Majuna(kedai servis  kereta keluarga sejak turun temurun)..ah….dah tau dah mesti dapat jawapan tu…Cw Cuma mampu menjawab ye,,,ye,,,ye,,,ye,,,itu je…..dalam hati Menjerit tak nak….uit…segan kot….Cw tak ley cakap seganlah sebagai jawapan….pasti berterabur peluru M16 keluar dari En  Ayah....yang paling tak best bila en ayah keluarkan ayat nie -> “nanti kalau bab mati siapa nak tolong buatkan??’’…..huhu…tak suka part mati tue…tak boleh…jangan sebut….tak sanggup nak bayangkan….Sembelih ayam dengan ayah pun dah biasa…katanya praktis,darurat perempuan boleh sembelih,kalau dia dah tak ada senang…huhuhu….Bila ayah pulang dari kebun CW buat muka seposen dan muka kesedihan….haha…berjaya…En ayah mengalah…dia suruh balik hostel lewat sikit nanti dia bawakan kancil ke bengkel….alhamdulillah…segan kot nak duduk kat bengkel sorang, mekanik dahlah ramai lelaki plak tu…ahakss……dan sementara menunggu ayah pulang…Cw berfikir macam mana nak sepahkan dapur…Cw carilah apa yang patut…


dan Taaa daaaa…. Hasilnya…..

Kuih Mek Comel

Fikir


Adam dilahirkan disebuah kampung yang agak terpencil. Adam seorang yang agak lurus bendul. Suatu hari Adam terpilih untuk mengikuti kem pemantapan jiwa dan minda. Adam sangat gembira. Pada suatu sesi LDK, mentor kumpulan Adam mengemukakan satu teka-teki.

“kalau anak kembung nak pakai minyak apa?”

Adam mengangkat tangan namun mentor Adam tidak menyedari akan  tindakan Adam. Syakir, kawan sekumpulan Adam menjawab “pakai minyak saji Tuan”…..Adam ternganga….Tak kan lah kot….Dan jawapan itu betul….Pulang ke rumah, adik Adam menangis…Kata emak adik kembung perut…Laju Adam  ke dapur mengambil minyak masak cap Saji lalu menyapu minyak itu ke perut adiknya….Emak Adam sangat marah kerana Adam telah membazirkan minyak masak yang mahal….

Dan pada kem yang sama, Fakrul anak tunggal kepada seorang menteri yang juga sahabat Adam turut menyertai Kem itu…Dan mentor Fakrul turut menanyakan teka – teki yang sama. Fitri,searang anak desa menjawab “guna minyak yue yie cap limau…mujarab”……Fakrul tersenyum….Patutlah sedap….Pulang ke rumah….Fakrul membuka peti sejuk dan mendapati terdapat dua ekor anak ikan kembung dalam bekas….Fakrul gembira, dia sangat rindukan ikan kembung goreng emak Adam…Kini dia sudah tahu rahsia keenakkan ikan itu….diserahkan ikan itu kepada bibik untuk dibersihkan…Di kedai fakrul kebingungan, kenapalah kecil sangat botol minyak nie dan minyak itu kelihatan sangat pelik…terpaksalah dia membeli tiga botol yang besar. Pulang ke rumah, Fakrul mengarahkan  bibik supaya mengoreng menggunakan minyak yue yie yang dibeli…bibik Cuma mengikut permintaan Fakrul dan akhirnya ikan itu menjadi hangus hitam….Fakrul kehairanan….

Jawapan Syakir : Minyak saji untuk goreng ikan
Jawapan Fitri : Minyak yue yie untuk merawat anak kecil kembung perut

Ok….Motif cerita…

Satu persoalan yang sama mencetuskan dua pendapat yang sangat berbeza…Walaupun mereka sahabat baik, pemikiran mereka sangat berbeza…setiap tafsiran individu adalah berbeza dengan individu lain walaupun ianya situasi yang sama….walhal satu patah perkataan pun boleh membawa berjuta tafsiran yang berbeza….

Begitu juga dengan kehidupan kita…ada perkara yang kita rasa penting tapi Cuma biasa-biasa pada orang lain. Ada orang menganggap apa yang dilakukan sebagai perlu  tetapi ada orang lain mungkin menganggap itu sebagai sesuatu yang tidak perlu ….Ada perkara yang kelakar bagi kita tapi tidak bagi orang lain…


p/s : hati- hati dengan perkara yang ingin dilakukan, jangan sampai ditertawakan orang

Thursday, 31 May 2012

30 seconds break




Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di dalam hatiku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur pada lidahku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur pada pendengaranku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di  penglihatanku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di belakangku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di hadapanku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di atasku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di bawahku
Ya ALLAH 
besarkanlah pancaran nur untukku


Wednesday, 30 May 2012

Nota Rindu

Walau tak pernah bersua muka
Si dia ternyata sedang merindu
Kerana cinta dan kasih padamu
Lalu dia bertanya di mana kamu
Untuk menyatakan betapa dia rindu
Para sahabat agung menjadi saksi
Dirimu telah menjadi sebutan dibibirnya
Benar walau dirimu belum pernah kelihatan...
ada orang jauh sedang menunggu untuk kamu dekat
Sangat Rindu untuk bertemu dirimu
Jemaah syurga....
Itu adalah kamu yang sedang membaca nota rindu ini
Rindu Rasulullah terhadap Umatnya

Tuesday, 29 May 2012

Satu Rahsia


Pada suatu hari di sebuah lebuh raya…..
Seorang ustaz baru sahaja pulang dari memberi ceramah….
Beliau melalui lebuh raya gerik….
Waktu itu…..Jam sudah pukul 12.30 malam….
Memandu seorang diri untuk pulang ke rumah…
Di hujung persimpangan kelihatan seorang perempuan….
Sedang melambai tangan…
Ustaz menjadi risau…kerana tiada mahram bersamanya….
Ustaz mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan….
Setibanya di suatu lagi persimpangan…kelihatan seorang perempuan sedang mengendong anaknya…
Melambai-lambai juga…ustaz meresa simpati….
Namun,cepat-cepat berfikir…ALLAH ingin menguji dirinya…lalu dengan berat hati dia meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta…
Nun di hujung sana….Kelihatan seseorang berbaju putih….sedang memimpin anak kecil….Ustaz…berfikir…kali ini dia rasa dia perlu berhenti…Dia tidak sampai hati melihat wanita-wanita itu terbiar di jalanan….
Ustaz menjemput mereka menaiki kereta….
Subhanallah….Rupanya bukan manusia….
Pontianak mungkin…namun Pontianak berbaju putih bersih….
Untuk menyedapkan hati…..Ustaz berzikir….
Lalu penumpang bertanya “kenapa ustaz diam??
Lalu ustaz menjawab….saja tak tau apa nak cakap….
Ustaz tak nak Tanya soalan ke….
Lantas “dari mana datangnya bau kamu ini.…..
Tetiba  wajah pontianak itu mula berubah….
Kemudian Pontianak itu menjawab….
Saya pakai downy ustaz….
Hmmm……haha….moga terhibur…


Tertipu je...


Petikan cerita…AF....

Monday, 28 May 2012

Bakinye

Umm.....
Cepat sungguh....
Cam baru je daftar kat DABS....
Cam baru jugak duk merayu KAt Prof Manaf
Nak mAsuk Course Production And Animal Health 
Bila tengok kalendar akademik
Kelas Tinggal 3 hari je lagi...
tak sampai 3 minggu je lagi...
UniSZA akan ditinggalkan..

ok...itu je n3 kali nie