Wednesday, 29 May 2013

Sayangi Permatamu

Assalamualaikum..

Masa bersilih ganti, tanggungjawab yang dipikul belum lagi dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ibu ayah, maafkan anakmu yang belum lagi mampu membalas segala budi baikmu..Hari ini saya ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai trend kehidupan zaman sekarang..Terlebih dahulu, kepada para pembaca yang budiman, diingatkan bahawa penulis bukanlah orang yang banyak sangat ilmunya dan boleh dikatakan terlalu sedikit ilmu agama yang tercalit didada .. dan diingatkan juga penulis bukanlah seorang ibu mahupun seorang bapa, alhamdulillah setakat ini penulis masih dilagi dibawah jagaan ayah tercinta.. Wahai ibu bapa sekian, penulis sebenarnya amat takut melihat segelintir  ibu ayah berlumba-lumba memasukkan anak-anak mereka ke dalam pertandingan atau aktiviti yang amat bertentangan dengan kehendak agama. Maaf, terpaksa cakap program-program realiti yang dianjurkan oleh kebanyakan syarikat penyiaran terlalu jauh tersasar dengan keindahan pendidikan yang dianjurkan oleh agama islam . Nyanyian mahupun tarian. Lebih parah lagi, ibu ayah turut sama sama menangis bila anak mereka tersingkir, maaf, kegagalan itu adalah kegagalan yang sia-sia. Saat dipuji oleh para juri, ibu bapa turut merasa berbangga dengan kejayaan itu, maaf, itu bukan kejayaan yang perlu dibanggakan. Memang, selagi ada waktu manusia punyai waktu untuk berubah..Memang mereka boleh berubah bila sudah dewasa namun ingatkan pada kata bidalan " melentur buluh biar dari rebungnya" .. Sedangkan pasu pun dibentuk sewaktu tanah liat masih lagi lembut bukan selepas tanah liat itu mengeras..Selepas mengeras, barulah pasu itu dicat dan dihias untuk mencantikkan lagi rupanya .. Sekali lagi maaf, terpaksa cakap untuk kebanyakkan program realiti contohnya pertandingan mencungkil bakat tarian, cara berpakaian itu sahaja sudah salah ..dan terlalu banyak lagi perkara yang bertentangan dengan syariat islam dalam program sedemikian namun penulis tak mahu mengulas lanjut kerana penulis bukanlah arif sangat mengenai hiburan.. "pause" penulis mengucapkan jutaan tahniah kepada ibu bapa yang punyai kesedaran untuk mengasuh anak-anak mereka mengikut syariat agama .. Dan Maaf, terpaksa cakap serta perlu cakap hampir 80% rancangan di kaca TV sekarang memang menyumbangkan kepada kelalaian jiwa terhadap semua peringkat usia .. Gambaran Syaitan cuba menghasut dan menyesatkan manusia adalah seperti seekor lalat yang sedang mengerumuni bangkai..Lalu bagaimana kita akan kuat untuk melawan segala bisikan syaitan sedangkan jiwa kita tak sepenuhnya sedar.. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan & gurau-senda. Sedangkan negeri akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yg bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? ( al-An'aam;32)

Ibu ayah diluar sana didiklah anakmu untuk jadi permata bukan menjadi kaca .. Tak lupa buat ibu ayah diluar sana jagalah juga diri sendiri. Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak anda dan juga semua anak muda yang bakal menggantikan tempat anda .. ( @_@ penulis malu sangat tengok mak ayah zaman sekarang terutamanya mak duk menyanyi kat atas pentas ) .. Hmm ... 

Jom renungkan sekejap pesanan kekasih agung kita

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (Bukhari dan Muslim)

Ini pula pesan ALLAH kepada kita dalam surat cinta DIA ( moga kita semua diberi kekuatan )

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". 
(Surah an-Nur ayat 30-31)

Oleh itu ibu ayah, didiklah anakmu sebaiknya .. Bantu mereka untuk bina benteng iman yang kuat dalam hati untuk menghadapi dunia yang mencabar diluar sana .. Sedarkan mereka, matlamat kita adalah syurga yang abadi bukan keseronokkan dunia yang tidak akan pernah kekal .. Ajarkan mereka untuk bersyukur, ajarkan mereka pentingnya dan mulianya agama islam .. Ajarkan mereka indahnya hidup mencintai dan dicintai pemilik ALAM RAYA ini .. Didik mereka untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat .. 

"Sesungguhnya beruntunglah mereka yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan mereka yang mengeluarkan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari diluar daripada itu (zina dsb), adalah mereka yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) mereka yang memelihara amanah dan menepati janjinya. Dan mereka yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya." (Surah Al Mukminun: 1-11)

Ingatlah, jika kita gagal mendidik mereka, kita akan diturut disoal pada hari pembalasan segala amalan kita .. Hari itu, tiada guna penyesalan .. Moga kita semua diberi peluang dan keampunan dari ALLAH .. Sentiasalah bertaubat dan mohon ampun kepada ALLAH sebab kita tidak tahu detik mana percakapan dan perbuatan kita adalah satu dosa .. Dan manusia tak pernah lepas dari melakukan dosa.. (teringat kata Prof Dr Muhaya, anak-anak adalah cermin kepada dalaman ibu bapa)

Setakat itu sahaja perkongsian untuk enrty ini. Pohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau terguris hati.. Harap ditegur jika ada kesalahan .. Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus berubah kearah kebaikan dari masa ke masa...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".
(surah Al-Furqan:74)

Jom amalkan doa ni jugak

"Ya Allah, banyakkanlah harta dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadap-Mu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."








No comments:

Post a Comment