Facebook Badge

Monday 26 December 2011

Lihat dan Fikir

Sekarang Negeri Terengganu masih lagi berada di musim tengkujuh....Bermula dari bulan september yang lepas, hujan telah pun mula membasahi bumi terengganu.....Sekarang...walaupun hujan dah tak lebat...tapi cuaca sentiasa redup.... Yang agak menakutkan...tiupan angin yang kuat.... Kelihatan pokok2 seakan tidak lagi mampu bertahan.... Tayar kereta pun menghasilkan bunyi yang agak berbeza kerana pertembungan dengan angin...Baju kain, kalau disangkut kat kawasan lapang, 2 jam dah boleh kering( kalau hujan tak turun)...Dan sekarang, pantai bukanlah kawasan yang sesuai untuk bersantai...

Sebulan yang lalu....pantai yang terdekat dengan kampus CW telahpun terhakis....Memang mengejutkan..Baru sahaja dua hari sebelum tu CW duduk2 dibangku yang dibina di tepi pantai...Bila pergi lagi, tengok ramai sangat orang....Subhanallah...bangku2 tue telah roboh,,,pokok2 menyembah bumi...jalan pun turut terhakis....Dan satu lagi pantai yang berdekatan dengan stable kuda...Batu2 dijadikan tembok, mengelak hakisan pantai oleh ombak...dan sama....kausa ALLAH tiada tandingan.....Ombak kelihatan sangat gagah menghempas pantai...batu2 yag dulunya tinggi hampir dua meter...kini yang kelihatan cuma puncaknya...ombak merentas hampir 10 meter ke pantai...

Kini...mengikut maklumat online....pantai dungun turut terhakis....Hakisan yang berlaku lebih kurang sahaja dengan yang berlaku disini..dari gambar2 yang tersebar..ramai orang datang melihat....dan ramai juga yang melahirkan rasa takjubnya dengan apa yang berlaku...Tak kurang juga yang menyatakan rasa takut.....

Dari fonemena ini sebenarnya sudah cukup untuk kita menilai dan menyedari diri kita yang sebenarnya....Tiada kuasa yang terhebat melainkan DIA....Dan kehebatan yang kita miliki sebenarnya milik DIA....begitu juga kelebihan yang ada pada diri kita....











andai pantai mampu berkata....

Wahai manusia "lihatlah aku...hari demi hari ombak datang memukul....kuat dan semakin kuat....sedang engkau masih bergelak ketawa....bukankah dulu engkau yang selalu datang...bermadu kasih di sini....aku kau jadikan tempat untuk syaitan bersuka ria meraikan kemenangan saat engkau berjaya dia takluki....Aku kau jadikan tempat untuk melepaskan rindu....Dan aku kasihan......ramai insan yang turut terpalit dengan maksiat yang engkau lakukan..sedang mereka datang bersama keluarga...untuk berehat menikmati indahnya ciptaan PENCIPTAku....Kerana apa....kerana mereka hanya melihat kemungkaran yang engkau lakukan..tanpa mereka menegur untuk memperbetulkan salahmu....Dulu aku bahagia dengan ombak....aku bahagia melihat anak kecil berlari riang di atasku....tapi kini.....kau saksikan...betapa ALLAH sayangkan kamu...terlalu sayang....jadi insaflah....lihatlah aku.....dapatkan kau rasa sakitnya...bila ombak menghempas aku....sedarlah...ALLAH masih membuka ruang untukmu...supaya engkau sedar akan hakikat kehidupan ini....ALLAH masih tidak menghukum kamu.....sedangkan aku??...Engkau masih punyai masa....suatu hari, aku harap engkau datang menjengukku bersama kalimah "SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR, Ya RAHMAN.....dan segala kalimah tauhid....

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)




Oleh itu jangan sekadar memandang....tapi fikirlah hikmahNya....





No comments:

Post a Comment