Facebook Badge

Saturday 17 September 2011

Mencari Jawapan....



Ada sesiapa yang tak pernah suka kat sape2???
Bukan suka kat sama jantina tapi yang berlainan jantina…
Susah jugak kan bila kita dah suka kat seseorang…
Sakit angau mula lah datang…..Pastu mulalah risau semacam…
Nak di luah malu….nak dipendam takut yang disuka di kebas orang…

Ni la antara ujian yang paling berat buat manusia yang sememangnya dikurnian dengan rasa kasih sayang…
Kalau ni bukan antara ujian yang berat tidaklah seorang wanita itu dikira syahid jika dia boleh menyembunyikan rasa cintanya ada lelaki yang bukan muhrim dan tiada satu orang pun yang tahu melainkan ALLAH….


Dan ianya mungkin ujian yang teramat berat bagi mereka yang masih lagi ingin hidup berlandaskan syarak dan sunnah Rasulullah pada zaman sekarang memandangkan “COUPLE” telah menjadi trend dan amalan biasa dalam hidup…

Berbalik kepada rasa cinta kat seseorang…
.Hal ini tidak dapat dielakkan terutama golongan remaja….
mula-mula kawan biasa je pastu rasa mesra dan serasi…
pastu ada rasa rindu…pastu sedar rasa sayang mula menyelit…..
ada juga yang selalu Nampak dan tengok2 je si dia….banyak pula cerita yang baik-baik didengar mengenai si dia melalui kawan-kawan….
dan mulalah rasa jatuh hati…..Nak di luah takut pula si dia terus lari….
nak di pendam rasa sakit….

Solusinya….Cuma satu…
.
Kita kena Tanya ALLAH dulu…..
jangan biar ALLAH jawab mengikut apa yang kita nak, tapi biarlah mengikut apa yang ALLAH telah takdirkan untuk kita 
kerana ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita….
TAk faham kew???

Selalunya kalau kita suka kat seseorang…
tanpa berfikir ada yang akan berdoa…
ya ALLAH satukanlah saya dengan dia(si polan)…..
bila dah tiba masanya ALLAH satukanlah kami…..
(ni yang saya maksudkan kita minta ALLAH jawab mengikut apa yang kita nak)….

Sebaiknya….tanya dulu kat ALLAH…
 YA ALLAH….ada dia baik untuk saya ya ALLAH….
adakah saya patut menyayangi dia….
Adakah dia jodoh yang ALLAH tetapkan saya….
kalau dia bukanlah insan yang ALLAH ciptakan untuk saya…
ALLAH tolong saya kikis rasa suka ada dia ya ALLAH…

Lakukan setulus hati…
berdoa dan mohonlah kepada ALLAH seperti mana 
kita bercakap dengan ibu ayah kita…..
Andai kata datang petunjuk dari ALLAH yang si dia 
memang di ciptakan untuk kita…
Sebaiknya susulilah ianya dengan pertunangan dan cepatkanlah pernikahan….
itu pun kalau rasa bersedia telah ada dalam diri anda…

Kalau tidak,pohonlah pada ALLAH agar  kita menjadi sabar..
Ok…cinta itu sememangnya perasaan yang amat murni dan suci…
dan anda tidak bersalah kalau anda jatuh cinta…kerana fitrah..
susah memang susah tapi anda boleh berusaha untuk menjadikan ia bukan perkara yang menyusahkan malah menyenangkan…..
Setakat itu sahaja…

harap membantu insan yang bertanya ….
Terima kasih kerana membaca blog saya…
xmo sedih2 lagi sebab cinta nie…

bukankah cinta itu perlu diraikan dengan penuh penghayatan dan bukanlah perkara yang merunsingkan hati jua fikiran???
p/s : cik writer bukanlah arif sangat dalam bab cinta nie…tapi cik writer kongsi setakat yang cik writer tahu…cik writer punya ilmu agama sikit sangat…..kalau ada salah silap cik writer mohon maaf

No comments:

Post a Comment