Wednesday, 20 April 2011

Pedang itu bukannya Besi....

Apa khabar semua, moga kamu semua masih sihat-sihat aje. Sekarang saya nak kongsi sedikit pasal gergaji tak bermata. Haha, kalau gergaji takde mata mesti tak boleh nak potong kan???Tapi gergaji yang saya maksudkan bukan macam tu. Walau tak bermata, ia boleh menghancur lumatkan apa sahaja. Pedang yang bukan besi itu pun sama. Walaupun tak dibuat daripada besi, ia boleh menghunus dan merobek....
                                             CuBa FiKiR???



Itulah perumpaan yang diberikan orang tua kepada mulut manusia. Bukan mulut tu yang sama ngen pedang ngen gergaji tu...hikhikhik....kata-kata yang keluar dari mulut tu laa....tak faham ke???



Setiap apa yang kita lafazkan boleh membawa kesan yang amat besar kepada sesiapa yang mendengarnya. Macam mana tu??



  • Korang pernah tak merasa sakit hati bila kawan korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa gembira bila mak ayah korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa sedih bila abang korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa biasa-biasa je bila sepupu korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa takut bila ustaz cerita sesuatu kat korang????
Itulah sebenarnya kemampuan kata-kata yang terlafaz dari mulut setiap manusia...haaaa korang pernah buat orang lain rasa macam tu bila korang cakap dengan diorang..?? Jadi, hati-hati bila berbicara supaya kita tak melukan hati sesiapa walaupun masa bercakap tu, korang tak gunakan pisau pun....huhu....do break other’s people heart. Korang rasa korang dapat sembuhkan balik tak part hati orang yang korang dah lukakan tu...???



Setakat  ni dulu....



p/s: pesanan ini ditujukan untuk diri saya juga...

No comments:

Post a Comment