Facebook Badge

Friday 10 August 2012

Cinta Yang Harus dicari



Sempena dengan akhir ramadan jom sama2 mencari cinta dari ILLAHI.....
Ya Tuhan Kami....
terimalah amalan kami...
ikhlaskanlah hati kami ketika beribadat kepadaMu...
rendahkanlah hati kami bila dihadapanMu...
rahmatilah kehidupan kami...
Jadikanlah kami tetamu tanah suci Mekah...
Berikan kami peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya dan juga tanah Madinah...
Selawat kami dan salam buat rasulullah dan para sahabat...
Jadikan kami ahli syurga...
letakkan ketenangan dalam hati kami...
Berikan kami bahagia yang hakiki...
Ya Tuhan Kami...
Selamatkanlah Umat Islam di seluruh muka bumiMu...
Hadirkanlah disisi dan sekeliling kami insan-insan mulia..
Insan insan yang kau kasihi...
Pertemukan kami lagi dengan ramadan yang akan datang...
Tiada daya bagi kami melainkan dengan izinMU...
Kurniakan kami kesihatan yang baik yang dengannya akan membuatkan kami 
untuk terus patuh dan taat padaMu dan juga AgamaMU...
Hanya dariMU jua asal segala pertolongan....
Amin...

No comments:

Post a Comment