Facebook Badge

Wednesday, 5 June 2013

Mak Cik Jangan Pergi

Semalam pulang dari kerja agak awal. Oleh kerana keseorangan di rumah(mak ayah adik kakak pergi jenjalan kat KL) penulis keluar  menghirup udara segar. Dan seperti biasa singgah di pangkin jiran dan duduk bersembang dengan mak cik dan kakak sebelah rumah. Duk asyik bersembang mak cik tu gitau yang dia nak pindah KL. Duk umah anak dye. Sebu dan sebak serta merta . Sayu weh, nangis sebelum tidur kot. Maklumlah, 8 bulan duk umah, tiap-tiap hari duk bersembang ngen mak cik tu. Mak cik tu plak, tak penat plak melayan diri ini. Dan mak cik inilah satu-satunya insan yang paling banyak bercerita pasal arwah ibuku disebabkan dia memang rapat dengan arwah ibuku. Sebagai rumusan peulis  tahu arwah ibu orangnya sangat baik dan lemah lembut. Hmmm... mcm mane hati tak jatuh sayang dengan mak cik tu, banyak sejarah keluarga yang diketahui melalui mak cik tu. Dahlah mak cik tu baik, masa penulis nak pergi bandar nak beli barang buat BBQ sesama jiran, dye pun sanggup je teman penulis ... Hadoi... kesian kot penat .. Penulis try la request suruh dye masak nasi goreng dua balang, terharu dye cakap boleh je ... sob..sob.. penulis cuma siapkan ayam, ikan dengan pemerap je.. Dan bila tau penulis dapat kerja walaupun kontrak(bulan 6 nie abis) dye excited sangat .... Berjela nasihat yang dye bagi. setiap hari mak cik mesti tunggu penulis lalu depan umah dye sebelum pergi kerja dan time balik kerja.. Kadang-kadang kalau dye xde boleh dengar suara cucu dye menjerit. .(neeeeeeeekk, kak irah dah balik).. mau tak terharu.. Dye sentiasa nasihatkan penulis untuk tetap sabar tak kira apa yang berlaku dan percaya kita layak untuk hadapi semua cabaran yang ALLAH beri .. Petang tadi nak pergi bersembang, tapi mata penulis dah kaca-kaca nak nangis bila tengok mak cik tu dan terus patah balik umah ..Kalau boleh nak je merayu kat mak cik tu "mok teh, janganlah pergi" ... huhuhu.. Boleh ke ?? Tapi itulah hakikat hidup kan .. Kalau kita duk asyik jalan atas jalan yang mendatar je, xdela plak peluang rasa seronok bila sampai tempat yang tinggi kan??

Apapun yang terbaik hanya ALLAH yang tahu dan hanya ALLAH yang boleh berikan.. Tugas kita sangka baik dan buat baik .. Sekian :)

Wednesday, 29 May 2013

Sayangi Permatamu

Assalamualaikum..

Masa bersilih ganti, tanggungjawab yang dipikul belum lagi dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ibu ayah, maafkan anakmu yang belum lagi mampu membalas segala budi baikmu..Hari ini saya ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai trend kehidupan zaman sekarang..Terlebih dahulu, kepada para pembaca yang budiman, diingatkan bahawa penulis bukanlah orang yang banyak sangat ilmunya dan boleh dikatakan terlalu sedikit ilmu agama yang tercalit didada .. dan diingatkan juga penulis bukanlah seorang ibu mahupun seorang bapa, alhamdulillah setakat ini penulis masih dilagi dibawah jagaan ayah tercinta.. Wahai ibu bapa sekian, penulis sebenarnya amat takut melihat segelintir  ibu ayah berlumba-lumba memasukkan anak-anak mereka ke dalam pertandingan atau aktiviti yang amat bertentangan dengan kehendak agama. Maaf, terpaksa cakap program-program realiti yang dianjurkan oleh kebanyakan syarikat penyiaran terlalu jauh tersasar dengan keindahan pendidikan yang dianjurkan oleh agama islam . Nyanyian mahupun tarian. Lebih parah lagi, ibu ayah turut sama sama menangis bila anak mereka tersingkir, maaf, kegagalan itu adalah kegagalan yang sia-sia. Saat dipuji oleh para juri, ibu bapa turut merasa berbangga dengan kejayaan itu, maaf, itu bukan kejayaan yang perlu dibanggakan. Memang, selagi ada waktu manusia punyai waktu untuk berubah..Memang mereka boleh berubah bila sudah dewasa namun ingatkan pada kata bidalan " melentur buluh biar dari rebungnya" .. Sedangkan pasu pun dibentuk sewaktu tanah liat masih lagi lembut bukan selepas tanah liat itu mengeras..Selepas mengeras, barulah pasu itu dicat dan dihias untuk mencantikkan lagi rupanya .. Sekali lagi maaf, terpaksa cakap untuk kebanyakkan program realiti contohnya pertandingan mencungkil bakat tarian, cara berpakaian itu sahaja sudah salah ..dan terlalu banyak lagi perkara yang bertentangan dengan syariat islam dalam program sedemikian namun penulis tak mahu mengulas lanjut kerana penulis bukanlah arif sangat mengenai hiburan.. "pause" penulis mengucapkan jutaan tahniah kepada ibu bapa yang punyai kesedaran untuk mengasuh anak-anak mereka mengikut syariat agama .. Dan Maaf, terpaksa cakap serta perlu cakap hampir 80% rancangan di kaca TV sekarang memang menyumbangkan kepada kelalaian jiwa terhadap semua peringkat usia .. Gambaran Syaitan cuba menghasut dan menyesatkan manusia adalah seperti seekor lalat yang sedang mengerumuni bangkai..Lalu bagaimana kita akan kuat untuk melawan segala bisikan syaitan sedangkan jiwa kita tak sepenuhnya sedar.. 

Firman Allah s.w.t maksudnya : Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan & gurau-senda. Sedangkan negeri akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yg bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? ( al-An'aam;32)

Ibu ayah diluar sana didiklah anakmu untuk jadi permata bukan menjadi kaca .. Tak lupa buat ibu ayah diluar sana jagalah juga diri sendiri. Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak anda dan juga semua anak muda yang bakal menggantikan tempat anda .. ( @_@ penulis malu sangat tengok mak ayah zaman sekarang terutamanya mak duk menyanyi kat atas pentas ) .. Hmm ... 

Jom renungkan sekejap pesanan kekasih agung kita

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (Bukhari dan Muslim)

Ini pula pesan ALLAH kepada kita dalam surat cinta DIA ( moga kita semua diberi kekuatan )

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". 
(Surah an-Nur ayat 30-31)

Oleh itu ibu ayah, didiklah anakmu sebaiknya .. Bantu mereka untuk bina benteng iman yang kuat dalam hati untuk menghadapi dunia yang mencabar diluar sana .. Sedarkan mereka, matlamat kita adalah syurga yang abadi bukan keseronokkan dunia yang tidak akan pernah kekal .. Ajarkan mereka untuk bersyukur, ajarkan mereka pentingnya dan mulianya agama islam .. Ajarkan mereka indahnya hidup mencintai dan dicintai pemilik ALAM RAYA ini .. Didik mereka untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat .. 

"Sesungguhnya beruntunglah mereka yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan mereka yang mengeluarkan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari diluar daripada itu (zina dsb), adalah mereka yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) mereka yang memelihara amanah dan menepati janjinya. Dan mereka yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya." (Surah Al Mukminun: 1-11)

Ingatlah, jika kita gagal mendidik mereka, kita akan diturut disoal pada hari pembalasan segala amalan kita .. Hari itu, tiada guna penyesalan .. Moga kita semua diberi peluang dan keampunan dari ALLAH .. Sentiasalah bertaubat dan mohon ampun kepada ALLAH sebab kita tidak tahu detik mana percakapan dan perbuatan kita adalah satu dosa .. Dan manusia tak pernah lepas dari melakukan dosa.. (teringat kata Prof Dr Muhaya, anak-anak adalah cermin kepada dalaman ibu bapa)

Setakat itu sahaja perkongsian untuk enrty ini. Pohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau terguris hati.. Harap ditegur jika ada kesalahan .. Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk terus berubah kearah kebaikan dari masa ke masa...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".
(surah Al-Furqan:74)

Jom amalkan doa ni jugak

"Ya Allah, banyakkanlah harta dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadap-Mu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."








Sunday, 26 May 2013

Thursday, 23 May 2013

Salam Sejahtera Semua !!

Hope, you all sihat dan sentiasa dipayungi 
dengan naugan cinta dari Yang Esa 



Kadang-kadang kan dalam hidup kita, ada masanya kita harus pergi tanpa berpaling untuk selamanya, ada masa kita perlu pusing sekejap dan teruskan perjalanan, ada masa kita perlu menoleh sahaja dan ada masanya kita perlu berpatah balik or to make a u-turn. We just need to take the road which you think is the best and lets ALLAH guide us to a better life .. And never regret (argh, tetiba keluar ayat org putih) .. Yang penting hargai setiap perkara dalam hidup walaupun hanya perkara yang kecil sebabbbb boleh jadi, suatu hari perkara yang kecil tu yang sebenarnya bawa perubahan besar dalam hidup kita .. hmmm ... tak tau dah nak tulis ape .. Yang penting, penulis nak sgt2 pesan kat sape2 yang baca blog nie (silent reader la kot eh) .. Bila kita dah buat keputusan menggunakan akal dengan berlandaskan pertimbangan ilmu, pandangan agama .. Didik hati tu, untuk jadi redha, jangan seksa jiwa sendiri .. "kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat ... Penting, untuk percaya keputusan yang dibuat demi kebaikkan diri serta mengharap redha ALLAH, akan dibalas dengan kebaikkan yang setimpal oleh ALLAH.Yakinlah!

** Maaf, isi mungkin tidak padat, namun moga bermanfaat 

Ya ALLAH, ampuni kami,rahmati kami :)


Sunday, 19 May 2013

Sendirian

Assalamualaikum Para Pembaca Yang Budiman..

Today I'm alone in the office(room) .. And i feel lonely(but ALLAH always here) .. And I start to think, that why Rasulullah always remind us to always recite the Al-Quran, As it will be the best companion in alam barzakh .. I do think it must be very scary if we live with the snake and scorpion in that small hole .. SO guys, never forget to increase our amal and do always recite the al-quran. Not forgotten, always remember to takes some times to "berselawat". And practice yourself to make a zikrullah as your "penenang jiwa". It is good if you able to not just talk to yourself but to talk with ALLAH within your heart . Comes to another story, i'm very exciting to celebrate the Ramadan again this year !!!

That All for this Current time, May ALLAH always ease our day :)


Tuesday, 14 May 2013

Because we have ALLAH

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari 
kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung 
kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.
Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut 
dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari 
banyak hutang dan kezaliman manusia.”




Keep praying because ALLAH always listen

Thursday, 9 May 2013

Kembali


Kembali menulis di sini ...
Moga ada keberkatan dari ALLAH
Hilang Bukan Untuk Pergi
Tapi Pergi Untuk Membaiki Yang ROsak
Menambah yang Tiada
Menampal yang Koyak
Mengambil Yang Terlepas
Merenung Sejauh Manakah aku Ini HAMBA

Andai Tersilap, Mohon Tegur Ya ...

rabbi yassir wala tu'assir


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا


وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا