Facebook Badge

Thursday 31 May 2012

30 seconds break




Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di dalam hatiku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur pada lidahku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur pada pendengaranku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di  penglihatanku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di belakangku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di hadapanku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di atasku
Ya ALLAH 
letakkan pancaran Nur di bawahku
Ya ALLAH 
besarkanlah pancaran nur untukku


Wednesday 30 May 2012

Nota Rindu

Walau tak pernah bersua muka
Si dia ternyata sedang merindu
Kerana cinta dan kasih padamu
Lalu dia bertanya di mana kamu
Untuk menyatakan betapa dia rindu
Para sahabat agung menjadi saksi
Dirimu telah menjadi sebutan dibibirnya
Benar walau dirimu belum pernah kelihatan...
ada orang jauh sedang menunggu untuk kamu dekat
Sangat Rindu untuk bertemu dirimu
Jemaah syurga....
Itu adalah kamu yang sedang membaca nota rindu ini
Rindu Rasulullah terhadap Umatnya

Tuesday 29 May 2012

Satu Rahsia


Pada suatu hari di sebuah lebuh raya…..
Seorang ustaz baru sahaja pulang dari memberi ceramah….
Beliau melalui lebuh raya gerik….
Waktu itu…..Jam sudah pukul 12.30 malam….
Memandu seorang diri untuk pulang ke rumah…
Di hujung persimpangan kelihatan seorang perempuan….
Sedang melambai tangan…
Ustaz menjadi risau…kerana tiada mahram bersamanya….
Ustaz mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan….
Setibanya di suatu lagi persimpangan…kelihatan seorang perempuan sedang mengendong anaknya…
Melambai-lambai juga…ustaz meresa simpati….
Namun,cepat-cepat berfikir…ALLAH ingin menguji dirinya…lalu dengan berat hati dia meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta…
Nun di hujung sana….Kelihatan seseorang berbaju putih….sedang memimpin anak kecil….Ustaz…berfikir…kali ini dia rasa dia perlu berhenti…Dia tidak sampai hati melihat wanita-wanita itu terbiar di jalanan….
Ustaz menjemput mereka menaiki kereta….
Subhanallah….Rupanya bukan manusia….
Pontianak mungkin…namun Pontianak berbaju putih bersih….
Untuk menyedapkan hati…..Ustaz berzikir….
Lalu penumpang bertanya “kenapa ustaz diam??
Lalu ustaz menjawab….saja tak tau apa nak cakap….
Ustaz tak nak Tanya soalan ke….
Lantas “dari mana datangnya bau kamu ini.…..
Tetiba  wajah pontianak itu mula berubah….
Kemudian Pontianak itu menjawab….
Saya pakai downy ustaz….
Hmmm……haha….moga terhibur…


Tertipu je...


Petikan cerita…AF....

Monday 28 May 2012

Bakinye

Umm.....
Cepat sungguh....
Cam baru je daftar kat DABS....
Cam baru jugak duk merayu KAt Prof Manaf
Nak mAsuk Course Production And Animal Health 
Bila tengok kalendar akademik
Kelas Tinggal 3 hari je lagi...
tak sampai 3 minggu je lagi...
UniSZA akan ditinggalkan..

ok...itu je n3 kali nie


Thursday 24 May 2012

Cahaya Atas Cahaya

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Sedetik


Perasaan tu memang unik...
Sesaat boleh merubah segalanya...
Satu kesalahan boleh menutup beribu kebaikkan...
Tapi beribu kebaikkan belum tentu boleh melembutkan sekeping hati....
Tapi 
dengan satu kebaikkan juga hati menjadi ceria...
Jangan disalahkan perasaan....
Kerana kita punya hati...
Cuma hati-hati dalam melayani hati...
Jangan kerana hati, jiwa terseksa dalam diam...
Bawalah hatimu kepada TuhanMU....
Kerana DIA lebih dan Maha Mengetahui...
Ingat Dari Mata Turun Ke hati...
Kerana sayang hati gembira....
kerana benci hati derita....

"kun fayakkun"


Hati-hati bila berkata...
ALLAH akan menguji hambaNYA yang beriman...

Wednesday 23 May 2012

Hilang...



Mentari tak pernah hilang....
Begitu juga sang bulan
Sekejap ianya tiada di pandangan
Namun tidak lama ia akan kembali muncul...
andai terus didepan mata 
Pasti merasa jemu...
Apatah lagi untuk merindu...
Namun pergi mentari,hangatnya tetap terasa...
Sinarnya di pantul oleh sang Bulan....
Kerana Ia tidak boleh lenyap....
Hinggalah 
Saat tiba waktu 
Maha Pencipta  untuk Mengadili....
Jadi
Usah penat untuk berdoa...
Jangan berhenti tambahkan iman
Usah lelah mencari tenang...
Tak perlu kecewa merungkai rahsia hati...
Teruskan Hidup dengan penuh Bahagia
Selagi waktu masa ada untuk kita melihat Dunia..