Facebook Badge

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Kisah Ramadan

http://donialsiraj.wordpress.com/2011/02/09/mengantisipasi-keberguguran-di-jalan-dakwah/daun-gugur/


Pada 2 ramadan yang lalu…sesudah bersahur umi mendapat panggilan telefon daripada sepupuku meminta untuk meminjam beg untuk di bawa ke hospital…Suami sepupu saya sakit…Setelah di diagnos dia disahkan menghidap barah paru-paru…Kata sepupu saya suaminya sakit dan ingin ke hospital…Sebelum ini suaminya dah 3 minggu di rawat di hospital sebelum doktor meminta suaminya di bawa pulang ke rumah sementara menanti waktu untuk ke rawatan radioterapi dan kimoterapi….Pada pukul 7.15 pagi…setelah siap mengemas rumah…saya ke laman luar untuk menyapu daun-daun yang gugur …..seketika terlintas…. “daun yang masih hijau pun dan luruh….yang kering banyak sangat…..kata hati….diri ini pun mungkin begitu….bila-bila masa ajal akan datang menjemput”….tetiba panggilan umi mengembalikan saya ke dunia nyata….katanya… “akak, lepas bakar daun-daun tu pergi bersiap…umi nak pergi sekolah kejap…nanti tunggu tepi jalan kita nak pergi umah kak zu”(sepupu saya)…..Tanpa berlengah saya pun terus bersiap dan menunggu umi di tepi jalan….Dalam perjalanan saya sempat berkongsi cerita dengan umi tentang arwah abang sahabat saya yang turut mengidap penyakit sama..Doktor meminta keluarganya membawa balik arwah abangnya…kata doktor untuk berehat sebelum rawatan kimo..tetapi cukup 4 hari ALLAH telah menjemput abangnya pulang….Sesudah sampai kerumah sepupu saya..Kelihatan dia sedang bersiap-siap..Katanya nak follow ambulan ke hospital….Di dalam ambulan adik iparnya telah serta menemani. Sedang kami bersembang untuk bergerak ke hospital (tak sampai 5 minit ambulans bergerak)..Kami menerima panggilan dari adik iparnya namun panggilan tiba-tiba terputus. Kami menghubungi kembali adik iparnya….Saat itu sepupu saya melafazkan “inalillahiwai’naillahirajiun”…..Saat itu juga saya terduduk….Umi memanggil saya supaya menaiki kereta untuk mengiringi jenazah yang di bawa ambulan pulang ke rumah…Alhamdulillah, lepas hajat dia hendak ke klinik kata sepupu saya…. Rupa-rupanya arwah suaminya meminta di bawa ke hospital malam sebelum dia meninggal…Saat ambulan sampai saya terpaku lagi…Saya amat rapat dengan keluarga sepupu terbabit….Anaknya yang berusia 9 tahun memandang tanpa kerdipan ketika jenazah ayahnya diangkat masuk ke dalam rumah…Ketika ibunya(isteri arwah) membuka balutan dan terlihatlah wajah arwah ayahnya tiba-tiba anak kecil itu seperti kehilangan arah dan terus menangis….Sebak hanya ALLAH yang tahu melihat si kecil itu longlai…Manakala anaknya yang berusia 6 tahu pula berkata itu bukan ayah..ayah pergi hospital…itu mayat orang lain dan terus menghilangkan diri dengan basikalnya…Sampai ke petang di menghilangkan diri….Lagi menyedihkan tika terpandang anaknya yang berusia hampir dua tahun….dia asyik berkata….ayah tidur….. Dalam kekalutan itu umi menyuruh saya pergi menjemput dua lagi anak sepupu yang tinggal di asrama…Yang sulong  belajar di Pondok Darul Iman, sekayu…..dan yang kedua di SMKA Mahmudiah…Saat terpandang anak-anaknya hati jadi tak tertahan…perlahan-lahan dikesat air mata….Kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka atas sebab apa mereka di ajak pulang kerana tidak mahu mereka terkejut di sekolah….Setiba di rumah..sambil menemani anak yang kedua(kakak) turun…Langkah kakak tiba-tiba menjadi perlahan….Dan dia memberhentikan langkah dan terus memeluk saya..Apabila disuruh masuk ke dalam dia terus menangis..Hanya ALLAH yang tahu….Hiba melihat keadaan di rumah sepupu saya….Menjelang petang kelihatan anak-anaknya sudah tenang…tiada lagi tangisan…Kelihatan mereka asyik berdoa(subhanallah)…..Menitis lagi air mata melihat tabahnya hati mereka…Semogo roh arwah suami sepupu saya ditempatkan bersama orang-orang beriman…..
Al-Fatihah…..

Thursday, 11 August 2011

BergantungLah Pada Tuhan Yang Memacarkan Cahaya Bahagian 1

Desir bayu pagi begitu lembut mengelus pipi....
Sejenak terbuai dek dinginnya kabus fajar....

http://keluargakusayang.blogspot.com/2009/04/kenangan-indah-di-gelora-beach-resort.html

Kelopak Mata sedikit demi sedikit menjauhi kening...
Hari yang indah menjadi benar-benar indah tika kepala menyentul tilam...
Ketika sedang mengulit lena...Hati tiba-tiba terjaga....
"detik ini ramadan, kenapa harus kubiarkan...ayuh bangun siapkan bekalan buat ROHANI.."
nasfu mencelah " cuma sekejap ku ingin tidur supaya badan dapat berehat".....

Wednesday, 20 April 2011

Pedang itu bukannya Besi....

Apa khabar semua, moga kamu semua masih sihat-sihat aje. Sekarang saya nak kongsi sedikit pasal gergaji tak bermata. Haha, kalau gergaji takde mata mesti tak boleh nak potong kan???Tapi gergaji yang saya maksudkan bukan macam tu. Walau tak bermata, ia boleh menghancur lumatkan apa sahaja. Pedang yang bukan besi itu pun sama. Walaupun tak dibuat daripada besi, ia boleh menghunus dan merobek....
                                             CuBa FiKiR???



Itulah perumpaan yang diberikan orang tua kepada mulut manusia. Bukan mulut tu yang sama ngen pedang ngen gergaji tu...hikhikhik....kata-kata yang keluar dari mulut tu laa....tak faham ke???



Setiap apa yang kita lafazkan boleh membawa kesan yang amat besar kepada sesiapa yang mendengarnya. Macam mana tu??



  • Korang pernah tak merasa sakit hati bila kawan korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa gembira bila mak ayah korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa sedih bila abang korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa biasa-biasa je bila sepupu korang cakap sesuatu kat korang??
  • Korang pernah tak rasa takut bila ustaz cerita sesuatu kat korang????
Itulah sebenarnya kemampuan kata-kata yang terlafaz dari mulut setiap manusia...haaaa korang pernah buat orang lain rasa macam tu bila korang cakap dengan diorang..?? Jadi, hati-hati bila berbicara supaya kita tak melukan hati sesiapa walaupun masa bercakap tu, korang tak gunakan pisau pun....huhu....do break other’s people heart. Korang rasa korang dapat sembuhkan balik tak part hati orang yang korang dah lukakan tu...???



Setakat  ni dulu....



p/s: pesanan ini ditujukan untuk diri saya juga...