Facebook Badge

Tuesday, 29 May 2012

Satu Rahsia


Pada suatu hari di sebuah lebuh raya…..
Seorang ustaz baru sahaja pulang dari memberi ceramah….
Beliau melalui lebuh raya gerik….
Waktu itu…..Jam sudah pukul 12.30 malam….
Memandu seorang diri untuk pulang ke rumah…
Di hujung persimpangan kelihatan seorang perempuan….
Sedang melambai tangan…
Ustaz menjadi risau…kerana tiada mahram bersamanya….
Ustaz mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan….
Setibanya di suatu lagi persimpangan…kelihatan seorang perempuan sedang mengendong anaknya…
Melambai-lambai juga…ustaz meresa simpati….
Namun,cepat-cepat berfikir…ALLAH ingin menguji dirinya…lalu dengan berat hati dia meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta…
Nun di hujung sana….Kelihatan seseorang berbaju putih….sedang memimpin anak kecil….Ustaz…berfikir…kali ini dia rasa dia perlu berhenti…Dia tidak sampai hati melihat wanita-wanita itu terbiar di jalanan….
Ustaz menjemput mereka menaiki kereta….
Subhanallah….Rupanya bukan manusia….
Pontianak mungkin…namun Pontianak berbaju putih bersih….
Untuk menyedapkan hati…..Ustaz berzikir….
Lalu penumpang bertanya “kenapa ustaz diam??
Lalu ustaz menjawab….saja tak tau apa nak cakap….
Ustaz tak nak Tanya soalan ke….
Lantas “dari mana datangnya bau kamu ini.…..
Tetiba  wajah pontianak itu mula berubah….
Kemudian Pontianak itu menjawab….
Saya pakai downy ustaz….
Hmmm……haha….moga terhibur…


Tertipu je...


Petikan cerita…AF....

Monday, 28 May 2012

Bakinye

Umm.....
Cepat sungguh....
Cam baru je daftar kat DABS....
Cam baru jugak duk merayu KAt Prof Manaf
Nak mAsuk Course Production And Animal Health 
Bila tengok kalendar akademik
Kelas Tinggal 3 hari je lagi...
tak sampai 3 minggu je lagi...
UniSZA akan ditinggalkan..

ok...itu je n3 kali nie


Thursday, 24 May 2012

Cahaya Atas Cahaya

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Sedetik


Perasaan tu memang unik...
Sesaat boleh merubah segalanya...
Satu kesalahan boleh menutup beribu kebaikkan...
Tapi beribu kebaikkan belum tentu boleh melembutkan sekeping hati....
Tapi 
dengan satu kebaikkan juga hati menjadi ceria...
Jangan disalahkan perasaan....
Kerana kita punya hati...
Cuma hati-hati dalam melayani hati...
Jangan kerana hati, jiwa terseksa dalam diam...
Bawalah hatimu kepada TuhanMU....
Kerana DIA lebih dan Maha Mengetahui...
Ingat Dari Mata Turun Ke hati...
Kerana sayang hati gembira....
kerana benci hati derita....

"kun fayakkun"


Hati-hati bila berkata...
ALLAH akan menguji hambaNYA yang beriman...

Wednesday, 23 May 2012

Hilang...



Mentari tak pernah hilang....
Begitu juga sang bulan
Sekejap ianya tiada di pandangan
Namun tidak lama ia akan kembali muncul...
andai terus didepan mata 
Pasti merasa jemu...
Apatah lagi untuk merindu...
Namun pergi mentari,hangatnya tetap terasa...
Sinarnya di pantul oleh sang Bulan....
Kerana Ia tidak boleh lenyap....
Hinggalah 
Saat tiba waktu 
Maha Pencipta  untuk Mengadili....
Jadi
Usah penat untuk berdoa...
Jangan berhenti tambahkan iman
Usah lelah mencari tenang...
Tak perlu kecewa merungkai rahsia hati...
Teruskan Hidup dengan penuh Bahagia
Selagi waktu masa ada untuk kita melihat Dunia..

Thursday, 26 April 2012

Cerita Kami

Hari ini.....kali pertama dalam hidup....
Masak Kambing....Yang Agak Banyak...(xde ah banyak sgt pun)....
Silap2 kali kedua...hari tu dah penah buat sup skali...
Ad orang sponsor kambing buat kami sekelas...
Bertuah kan kami nie???
Alhamdulillah...Rezeki......

Kali nie....masak kari.....
Nervous jugak....
Orang ckap kambing kalau silap cara xley nak makan.....berbau...
Berkat petua dari nenek.....
Rasa kambing (hamis) tak menyerlah sangat dan boleh diktakan tiada....
Rasa Kari Pun Bolehlah (haha,puji masakan sendiri)...
Kami gembira....
Melihat para pensyarah semuanya bertambah2 makan....
termasuklah Dekan Fakulti...
Huh....Mereka (staf Jabatan Sains Haiwan) semua sangatlah sporting....
Macam manalah hati ni tak berat (tapi xley timbang) nak tamatkan pengajian...
Bila bersama mereka seolah-olah bersama ibu dan ayah dan kakak dan abang.....
Sangat terharu.....
Yang Paling Penting....
Sahabat sekelas yang sememangnya the best...
Antara kami seolah tiada jurang....
(sekali-sekala terasa, itu normal tapi kami tak simpan dalam hati)....
Gotong royong bermula pukul 9....berakhir pukul 2.30 ptg...
Pukul 9 malam sambung makan lagi...haha...
Kalau hal makan kami memang sepakat....
Semakin mendekati hari tamat pengajian...
Hati kami semakin bertaut...(saya dan semua classmate wanita tau)
Huh....xdapat bayangkan bila tiba saat untuk kami  berpisah kelak....
Ok Lah....Let's Picture Tell Us the Story Ye....

Angkut Barang....

Gotong royong 












Jamuan Bermula


Inilah mereka2 yang sporting itu...





Jamuan Bermula, tapi ini belum masak

Dekan Fakulti Pertanian Dan Bioteknologi





Ini sesi malam






Tuesday, 24 April 2012

DIA...DIA....DIA

  Saya Tak Boleh Nak Letakkan Rasa Sayang Saya 
Lagi Tinggi Dari Cinta Kepada ALLAH....



\